“Muda sngt dh dpt pegang watak isteri ni, tacodd” – Netizen

Apabila seseorang itu berbakat dalam sesuatu perkara, mereka akan buat sehabis baik kerana mereka terdorong pada minat mereka. Kadang kala minat itu datang selepas kita menempuh atau belajar sesuatu. Kadang kala juga minat itu sudah ada dari kita lahir lagi. Bermakna ibu bapa kita boleh lihat minat kita dari kecil lagi.

Nama Nur Qistina Raisah tidak asing lagi dalan industri hiburan. Beliau yang mula berlakon sejak beliau umur 4 tahun masih giat aktif dalam industri seni sekarang. Beliau semakin membesar dilihat semakin cantik dan matang.

Beliau terkenal dek kerana lakonan masa kecil beliau yang sangat menyentuh jiwa penonton dengan lakonan tang1san beliau sebelum-sebelum ini.

Beliau yang semakin meningkat dewasa itu semakin lama semakin handal dalam bidang lakonan. Sekarang lebih banyak melakonkan watak-watak remaja.

Sekarang beliau mahu mengambil langkah besar dimana beliau mahu lakonkan watak yang sedikit berat untuk seorang remaja. Baru-baru ini beliau berkongsi sebuah video dimana beliau sedang melakonkan watak seorang isteri.

Membawa watak seorang isteri bukanlah mudah kerana pelakon perlu fahami peranan dan sifat seorang isteri yang sebenar-benarnya. Namun, dilihat dari video tersebut, Qistina cuba untuk mendalami sifat seorang isteri walaupun beliau baru sahaja 13 tahun.

Untuk umur seawal 13 tahun sebenarnya agak berat untuk Qistina membawa watak seorang isteri. Namun Qistina mengambil watak itu untuk mengasah lagi bakat beliau supaya menjadi lebih arif dan peka dalam kes1lapan dalam lakonan beliau.

Ramai netizen yang agak terkejut apabila mengetahui Qistina membawa watak seorang isteri kerana tidak sesuai dengan umurnya yang terlalu muda.

Namun ada juga peminat yang menyokong kerana ia mungkin menjadi batu loncatan buat Qistina untuk menjadi pelakon yang serba boleh. Untuk pengetahuan, nama telemovie yang dilakonkan Qistina itu berjudul 2 Takdir tetapi masih di bawah penggambaran lagi.

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!