“Dulu tgk budak2 ni kat idola kecil, skrg dh kawin. Aku tak kawin2 lagi”- Netizen

Semenjak dua ni ramai pula mendirikan rumahtangga. Lebih lagi di tahun baru, tarikh yang special, 1 Januari 2022. Tak kurang juga para artis yang melangsungkan perkhawinan pada tarikh itu. Ada juga yang merancang untuk berkahwin, ada juga ingin bertunang dan merisik.

Penyanyi Azzam Sham atau nama sebenarnya Muhammad Azzammuddin Lop Hisham ialah seorang penyanyi lelaki Malaysia. Beliau ialah Naib Juara bagi rancangan realiti nyanyian kanak-kanak Idola Kecil musim kedua 2009.

Memilih tarikh istimewa juga, 1 Januari 2022, bernikah pada jam 3.45 petang di Masj1d Nurul Ehsan, Taman Medan. Mungkin ada merancang pada bulan Februari pula ye, hehe..

Pasangan beliau, juga seorang artis penyanyi, Sheryl Shazwanie, 25, memilih tema putih susu untuk majlis pernikahan mereka yang bersederhana. Mereka sebelum ini bertunang pada 30 September 2021.

Selepas ini, pasangan tersebut akan diraikan dalam majlis resepsi selepas majlis akad nikah mereka sudah pun selesai. Belum diketahui tarikhnya, Azzam akan memaklumkan kepada media akan datang.

Azzam Sham menyerahkan mas kahwin bernilai RM300 dan berbelas dulang hantaran kepada pihak perempuan. Jumlah wang hantaran pula dirahsiakan atas permintaan keluarga.

Mengotakan janjinya mendirikan mahligai rumah tangga pada awal tahun, Azzam berkata, dia bersyukur majlis perkahwinannya berjalan lancar.

Semoga perkhawinan ini hingga ke jannah dan semoga dua mempelai ini dikurniakan cahaya mata yang ramai dan comel belaka. Antara komen netizen.

Sumber :ig azzam_sham

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!