“Alhamdulillah, boleh pegang dah tu” – Netizen

Tirai tahun baru 2022 ini telah dibuka dengan beberapa berita mengejutkan mengenai artis tanah air. Antara berita yang mengejutkan para peminat adalah berita perkahwinan penyanyi dan aktivis kemanusiaan yang dikenali ramai iaitu Heliza Helmi. Heliza Helmi merupakan antara individu daripada industri hiburan yang cukup aktif dengan misi bantuan ke negara timur tengah.

Sejak semalam heboh diperkatakan mengenai berita perkahwinan di antara penyanyi Heliza Helmi dan juga Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman. Siapa sangka Heliza yang merupakan seorang aktivis kemanusiaan yang sangat aktif dalam apa jua misi kemanusiaan di dalam dan luar negara ini akhirnya menamatkan zaman bujang di kala usia beliau mencecah 36 tahun.

Difahamkan lelaki berusia 39 tahun yang menjadi pilihan hati aktivis kemanusiaan itu merupakan seorang pengasas dan Presiden AUF MBZ Concortium iaitu sebuah syarikat yang menawarkan perkhidmatan pelaburan kewangan. Suami Heliza itu juga merupakan seorang usahawan yang juga dipercayai jutawan bergelar Datuk.

Pasangan berkenaan mengadakan majlis akad nikah di M45jid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya, jam 11.11 pagi semalam. Heliza sah menjadi isteri Mahadi hanya dengan sekali lafaz dan menerima mas kahwin berupa sebentuk cincin dan senaskhah al-Quran.

Selesai majlis akad nikah, ketika pasangan saling menyarungkan cincin, Heliza dilihat agak malu – malu untuk menyarungkan cincin di jari suaminya itu. Malahan gambar- gambar yang dirakamkan oleh jurugambar dan juga sahabat terdekat sekitar majlis akad nikah memaparkan kedudukan Heliza yang agak jauh daripada suaminya.

Terkini menerusi perkongsian terkini di Instagram Imani imtiyaz, pasangan berkenaan di raikan pula di majlis resepsi di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur. Heliza dan suaminya memakai busana berwarna merah jambu.

Menariknya kali ini gambar- gambar yang dikongsikan memaparkan Heliza sudah boleh memeluk erat lengan suaminya dan tidak lagi malu- malu seperti di majlis akad nikah semalam.

Berita pernikahan pasangan tersebut membuatkan para peminat tergerak hati untuk lebih mengenali dengan lebih dekat lelaki yang menjadi pilihan hati Heliza Helmi itu. Pemilik nama Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman itu telah berkongsikan gambar beliau bersama isterinya itu di instagram dengan caption manis buat isteri kesayangan.

Walaupun ada peminat yang masih tidak percaya dengan berita perkahwinan pasangan ini, namun rata- rata netizen mendoakan kebahagiaan pasangan ini. Netizen juga mendoakan agar pasangan ini dikurniakan zuriat secepat mungkin.

Gambar- gambar berkenaan mengundang rasa gembira dan senyuman kepada para peminat pasangan itu yang turut mendoakan agar kebahagiaan pasangan pengantin itu sentiasa berkekalan.

Berikut dikongsikan komen- komen yang ditinggalkan oleh para peminat buat pasangan pengantin baru itu.

Sebagai seorang selebriti yang dikenali ramai, sudah semestinya Heliza sebelum ini juga tidak terlepas daripada soalan mengenai jodoh dan perkahwinan.

Meskipun sebelum ini, Heliza atau nama sebenarnya, Nur Heliza Helmi pernah di ajukan soalan berkenaan beberapa kali, namun empunya diri mengakui, tidak pernah tertekan memikirkan perkara tersebut.

Malahan ujar penyanyi itu, beliau juga bersyukur kerana mempunyai kedua ibu bapa yang tidak pernah memberi sebarang tekanan mengenai soal jodoh beliau. Keutamaan beliau hanyalah kepada keluarga dan misi kemanusiaan yang dilakukan.

Namun siapalah kita untuk melawan takdir, sekiranya sudah tertulis jodoh yang tetapkan Allah buat diri kita. Begitu jugalah yang dilalui oleh penyanyi tersebut apabila sudah tiba masanya untuk beliau mendirikan rumahtangga.

Hanya dengan sekali lafaz, penyanyi berkenaan kini sudah selamat bergelar isteri Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman.

Sumber: ig Imani imtiyaz

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!