“Afwa sebijik Kak iti, Aafiyah plak mini version ayahnya”- Netizen

Wajah anak-anak kita tidak akan lari dari mengikuti wajah dan air muka kita ibu bapa. Jarang sekali kita dengar jika seseorang kanak-kanak itu mengikuti nenek atau atok dan selalu yang kita dengar pasti anak-anak ikut wajah ibu bapa. Kadang kala ada segelintir anak-anak yang akan mengikuti betul-betul acu wajah ibu bapa mereka.

Siapa tidak mengenali Dato’ Siti Nurhaliza iaitu penyanyi tersohor negara yang dikenali seluruh dunia. Beliau sekarang masih lagi bergiat aktif dalam industri seni selain dari meluangkan masa bersama keluarganya.

Beliau walaupun sibuk dengan menguruskan perniagaan dan bidang nyanyian, beliau tetap cuba bahagikan masa bersama anak-anak beliau.

Seperti semua ketahui, pada tahun 2021 lalu beliau dan suami telah dikurniakan seorang lagi anak bernama Muhammad Afwa. Anak sulung Dato’ Siti, Siti Aafiyah, ojuga dilihat sangat gembira dengan kehadiran adiknya itu.

Baru-baru ini juga Dato’ Siti berkongsi beberapa gambar beliau dan keluarga pergi bercuti di sebuah resort mewah di Kuala Lumpur.

Beliau berkata bercuti di The Chateau Resort adalah pengalaman yang sangat istimewa kerana suasana disana sangat tenang dan menyegarkan dan sangat teruja dengan binaan resort tersebut seolah-olah berada di France. Beliau juga sempat berterima kasih kepada pemilik resort tersebut iaitu Tan Sri Vincent Tan.

Beliau juga dilihat sangat gembira disamping anak-anak suaminya, Dato’ Khalid. Anak-anak mereka juga kelihatan seronok dibawa bercuti di tempat yang tenang dan segar.

Netizen juga sangat terpegun melihat tempat resort mewah yang Dato’ Siti pergi. Mereka juga tertarik perhatian pads wajah anak-anak Dato’ Siti dimana Afwa dikatakan mengikuti wajah ibunya dan Aafiyah pula mengikuti wajah ayahnya.

Anak mengikuti wajah ibu bapa mereka adalah perkara yang tidak asing lagi dalam masyarakat. Namun, jika tidak ikut sekalipun, kita seharusnya menyayangi anak kita sepenuhnya dan memberi didikan yang cukup pada mereka.

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!