“Tak tahan tgk yang belakang tu, berbakat sungguh laaa” – Netizen

Pasti akan ada satu masa nanti, akan ada salah seorang anak kita yang akan mengikuti jejak anak kita. Mereka akan ikuti kita selepas mereka perhati apa yang kita lakukan sepanjang tumbesaran mereka. Ini sebenarnya sangat biasa akan berlaku dalam pembangunan tumbesaran anak-anak kita. Mereka akan lebih peka pada perkara yang dilihat daripada yang dibaca.

Penyanyi wanita tempatan iaitu Adira Suhaimi juga sudahpun menjadi seorang ibu kepada 2 anak yang comel-comel belaka setelah berkahwin dengan seorang Dato’ pada tahun 2015.

Beliau walaupun sibuk berurusan dengan kerja, beliau sebolehnya mengisi masa lapang dengan anak-anaknya kerana anak-anaknya masih kecil dan perluk4n perhatian.

Menjadi ibu yang berkerjaya seperti Adira bukanlah senang. Namun beliau tetap rapat bersama anak-anaknya dan sering dilihat bersama dalam sosial media.

Beliau juga sering membuat video bersama anak sulungnya, Anggerik yang berusia 4 tahun. Anggerik yang sering dilihat sebagai anak yang sangat aktif dan suka membuat gelagat kelakar di sosial media ibunya. Baru-baru ini, Adira sekali lagi berkongsi sebuah video beliau bersama Anggerik.

Di lihat di dalam video tersebut, Adira dan Anggerik mengenakan pakaian stail ‘r0ck’ dan dilihat Anggerik melakukan gaya-gaya penyanyi mengikuti rentak lagunya.

Anak sulung Adira, Anggerik, kelihatan sudah mempunyai bakat seorang seniman seperti ibunya. Beliau senang di hadapan camera dan tidak segan melakukan gelagatnya di sosial media.

Netizen juga sangat teruja melihat gelagat ibu dan anaknya dan mengatakan anak sulung Adira itu sangat berbakat. Ini baru betul-betul mengikuti jejak langkah ibunya.

Begitulah anak kalau sudah rapat dengan kita. Mereka akan ikuti apa yang kita lakukan seharian. Makanya, kita sebagai ibu bapa perlulah mendidik anak-anak kita dan tunjukkan sikap yang baik kepada mereka.

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!