“Laaa ingatkan psgn yg baru kawin smlm tu sbb tgk kat janggutnya”- Netizen

Selain ibu, insan teristimewa dan penting dalam diri anak-anak pastilah bapa. Tidak kira sewaktu kecil atau sudah dewasa, dua insan hebat ini adalah mereka yang telah banyak berjasa dalam membesarkan anak-anak tercinta. Insan yang bergelar bapa ini terlalu banyak berkorban demi memenuhi keperluan serta tidak lupa untuk sentiasa menasihati dan membimbing anak-anak agar menjadi insan yang terbaik dalam dunia ini.

Insan yang digelar abuyah oleh pelakon cantik Aprena Manrose ini masih menjadi antara yang terpenting dalam hidupnya selain suami dan keluarga. Mula mencipta nama dalam bidang hiburan sebagai seorang pelakon, ternyata ramai yang masih belum maklum bahawa pelakon cantik ini merupakan anak kepada Raja Dangdut Malaysia iaitu Iwan Syahman.

Sudah lumrah menjadi anak bongsu, Aprena dilihat lebih manja dengan ayahnya itu berbanding dua lagi adik beradiknya yang juga merupakan seorang pelakon. Ramada Manrose dan Oktovia Manrose merupakan abang dan kakak kandung kepada Aprena hasil perkahwinan Iwan bersama Allahyarhamah Rosnah Mohd Noor sebelum ini.

Pernah mengeluarkan kenyataan bahawa dia hanya menasihati dan tidak pernah memaksa anak-anaknya itu untuk menutup aurat dengan sempurna, Iwan merupakan insan yang paling gembira dan bersyukur sekali apabila kedua-dua puterinya itu telah membuat keputusan untuk berhijab penuh beberapa bulan yg lalu.

Terkejut dengan foto kebersamaan dua beranak ini, ada yang mengira bahawa foto Aprena Manrose bersama ayahnya itu adalah foto pasangan pengantin baharu Datuk Seri Mahadi dan Datin Seri Heliza Helmi dek kerana janggut Iwan.

Lucu dengan komen yang diberikan, ramai juga netizen dan peminat yang terharu dan bahagia melihat keakraban dua beranak ini. Posting dari Aprena itu telah dimuatnaik bagi meluahkan kesyukuran kerana ayahnya telah mara ke peringkat akhir program realiti islamik iaitu Hijrahkan Laguku yang ditayangkan di Tv Al-Hijrah.

Walaupun dahulu Iwan Syahman mula dikenali sebagai penyanyi dangdut dalam industri hiburan, tetapi kini dia lebih senang membawakan lagu-lagu nasyid dan islamik serta menyebarkan dakwah-dakwah Islamiah.

Ramai para peminat yang mengucapkan tahniah dan memberi sokongan tanpa henti untuk legenda penyanyi Iwan Syahman ini untuk terus berusaha agar dapat meraih juara dalam perjuangannya di Hijrahkan Laguku. Selamat maju jaya diucapkan buat ayah Aprena Manrose dan semoga kemenangan berpihak kepadanya.

Sumber: Instagram Aprena Manrose

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!