“Memang rezeki engkau la dik dapat mustang free je” – Fizo Omar

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Benarlah kata pepatah bahawa nasib seseorang manusia itu tidak dapat diramal malah ditentukan kerana itu semua merupakan perancangan sempurna yang telah dibuat oleh Yang Maha Esa. Walaupun jika seseorang itu berangan-angan tinggi, tetapi jika tidak ditakdirkan oleh olehNya pasti perkara itu tidak akan terjadi sama sekali.

Siapa yang sangka niat awal hanya untuk menghadiri pertandingan memancing ternyata telah membawa tuah besar buat seorang jejaka yang baru berusia 24 tahun ini. Bersama-sama dengan rakan yang lain dari Johor dengan menaiki sebuah bas, semua yang hadir pada hari itu pastinya mempunyai niat yang sama iaitu ingin memenangi hadiah lumayan yang telah ditawarkan oleh pihak penganjur.

Pelakon kacak Wan Hafizol Wan Omar yang turut menjadi bintang tamu pada pertandingan memancing di Tasik Jitra itu masih tidak menyangka dan terkejut dengan hadiah mewah dan bernilai besar yang ditawarkan. Ini termasuklah kereta mewah berjenama Mustang dan ratusan ribu ringgit untuk para pemenang pertandingan memancing itu.

Mengakui hadiah yang ditawarkan bukanlah hadiah biasa-biasa, Fizo Omar juga mengatakan bahawa dia juga gugup ketika hendak menyampaikan hadiah kepada pemenang sehingga menggigil. Fizo juga tidak ketinggalan untuk bergambar bersama pemenang bertuah kereta mewah Mustang itu bagi dikongsikan bersama peminat dalam laman Instagram miliknya.

Penganjur pertandingan ini iaitu Joran Bukit Merah Laketown ini juga dikatakan telah berjaya mengumpulkan lebih 3000 orang peserta dari seluruh Malaysia yang turut bertanding pada hari itu. Bukan jumlah yang sedikit, hadiah cabutan bertuah yang ditawarkan juga setanding dengan nilai peserta yang hadir.

Tetapi ada kata angin yang mengatakan bahawa kesemua hadiah yang ditawarkan adalah untuk sekadar iklan dan komplot dari pihak penganjur sahaja.

Ada netizen yang mengatakan bahawa hadiah-hadiah mewah itu tidak mungkin diberikan begitu sahaja buat para peserta dan itu hanya taktik lama yang digunakan oleh pihak penganjur.

Kata netizen yang telah meningg4lkan komen pada posting Fizo Omar tersebut, rata-rata mengatakan bahawa memang seronok dapat memiliki kereta mewah antarabangsa tersebut.

Tetapi banyak yang harus difikirkan lagi selepas itu antaranya termasuklah pembaharuan cukai jalan dan penyelenggaraan kereta yang cukup mahal harganya.

Apa pun sebesar ucapan tahniah diucapkan buat pemenang bertuah yang telah memenangi kereta mewah Ford Mustang yang bernilai lebih RM 250,000.00 ini.

Memang tak tidur malam lah nampaknya ni bila terkenangkan kereta yang duduk di luar rumah tu. Mesti seronok akhirnya dapat merasa memiliki kereta mewah kan.

Sumber: Instagram Fizo Omar

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4StE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!