“Mohon reti beza intan dan permata Shuk” – Abby Abadi

Rumahtangga Shuk dan isterinya kembali bergolak apabila wanita yang sebelum ini pernah dikaitkan menjadi orang ketiga dalam rumahtangga mereka muncul semula. Hubungan Shuk dan isteri baru sahaja pulih sekitar bulan Februari yang lalu apabila Shuk membuat permohonan maaf kepada isterinya itu secara langsung di media sosial sebelum ini. Namun begitu baru sahaja beberapa bulan rumahtangga bekas penyampai radio Hotfm dan isterinya itu reda daripada kontroversi, kisah rumahtangga mereka kembali menghangatkan media sosial.

Malam tadi isterinya Serra telah berkongsi beberapa gambar yang berupa tangkap layar mesej serta video berbaur ugutan menunjukkan bukti bahawa wanita yang pernah disebut menjadi punca keretakan hubungan mereka kembali menganggu rumahtangga pasangan ini.

Video dan bukti bergambar yang dikongsikan Serra menerusi laman instagram itu mengejutkan warganet kerana selama ini menyangka hubungan rumahtangga Shuk dan isterinya sudah aman harmoni memandangkan Shuk juga telah berjanji tidak akan mengulangi perbuatannya.

Ekoran konflik kisah rumahtangga Shuk yang tersebar baru-baru ini, beliau telah digugurkan daripada stesen radio Hotfm sebagai penyampai radio. Kejadian tersebut memberikan impak yang sangat besar terhadap kerjaya seni Shuk.

Shuk juga berkata beliau telah mengambil iktibar di atas kejadian sebelum ini dan menjadikan kejadian berkenaan sebagai pengajaran berguna beliau dan keluarganya.

Terkilan dengan perkongsian terbaru daripada isteri Shuk malam tadi, netizen kembali mempersoalkan sikap pengacara I Can See Your Voice itu kerana tidak menepati janji dan merasa amat kecewa dengan Shuk kerana tidak menghargai isterinya Serra walaupun telah diberikan peluang berkali-kali.

Bagaimanapun perkongsian dan pendedahan Serra berkenaan tangkap layar serta video berbaur ugutan itu telah dipadam menerusi instagram story dan beliau hanya mengalkan entri sebuah video menunjukkan bahawa keluarganya menerima ancaman dis4ntau oleh seseorang.

Serra juga menerima 4 tali hijau yang mengikat bungkusan kecil yang dipercayai s4ntau. Beliau tidak menuduh sesiapa namun meminta individu yang bertanggungjawab menghantar santau tersebut kepada beliau sekeluarga agar segera bertaubat.

Menerusi tinjauan terkini di instagram Serra, satu instagram story yang memaparkan beliau telah ke balai polis untuk membuat laporan telah dikongsikan isteri Shuk itu.

Di salah satu perkongsian Serra malam tadi juga ada menyebut bahawa beliau sebenarnya sudah mengizinkan Shuk untuk menikah lagi dan beliau sanggup menerima wanita tersebut sebagai madu.

Suaminya dan wanita tersebut juga dikatakan pernah berbincang namun khabarnya tidak mendapat persetujuan keluarga wanita itu.

Serra atau nama sebenar beliau Rossalennah Natassyiah Asshaferah berkata dirinya sedia dan rela dimadukan namun wanita tersebut perlu menerima beliau dan anak-anak bukannya menghncurkan keluarga beliau.

Instagram Shuk juga kembali menjadi tempat para netizen melepaskan perasaan geram dan tidak berpuas hati dengan kejadian yang menimpa Serra.

Salah seorang rakan artis iaitu Abby Abadi juga turut mnggalkan komen menerusi ruangan komen di salah satu entri di instagram Shuk demi menasihati pengacara dan bekas penyampai radio tersebut supaya tidak mengulangi kesilapan yang sama.

Komen netizen yang bersimpati dengan nasib yang menimpa Serra membanjiri ruangan komen Shuk kerana mempertahankan Serra yang berkali-kali terluuka dengan perbuatan suaminya itu.

Netizen juga menasihati Shuk supaya mengabaikan wanita berkenaan dan bertegas walau apa jua ugutan yang dibuat kepada mereka sekeluarga.

Meskipun Shuk tidak memberikan sebarang respon terhadap komen-komen netizen tersebut namun beliau sempat memuatnaik status di instagram story agar netizen tidak membuat tuduhan melulu kerana beliau berada dirumah bersama keluarganya.

“Shuk kami percaya kt awak ckp btul2 nak brubah haritu..sedih bila tgok terjadi lagi skali.. msti kecewa sgt wife awk,buat xtau jela dgn farah mulut jhat tu..pompuan tu ckp je lebih tp xbuat pun die saje nk phatian awk.

Jd la tegas skit pompuan mmg suke amek ksempatan kt laki cm awk,sbb die ckp ape skit smua awk pcaya..die tnjuk p1sau nk bnuh diri awk pun pcaya die nk buat,pdhal die acah2 je..pegi lantak kt die nk buat apepun,slamatkn rumah tgga awk lg bagus” – Netizen

“Shuk kau tak serik2 ker ? Dah hiilang job DJ radio. Kau kata kau dah serik dah taubat. Tapi kau jumpe juge betina tu. Kau kene kuat demi family kau shuk. Aku tau betina sana tu mntal dia akn cuba bermacam cara utk cari perhatian kau.

Org mntal kalau dia nak A maka A la juga dia nak. Rupa dia pandang belakang janji dia menang kau faham tak ? Kau sbg lelaki jantan la ckit. Garang dan tegas maksud aku. Kesian la bini kau tu.” – Netizen

“Kau ni banyak kali dah buat aku jadi netizen. Ishh stop lah weh buat perangai, cakap pun selalu macam tak cukup nafas dah tu. tak sedar2 ke? Pengorbanan camne lagi yg bini tu nak kena buat?

Cermin2 lah diri tu, ada isteri yg boleh terima & setia tak bersyukur ke. Ishhh hakuuu ni kangg hahahahahaha” – Netizen

Shuk dan isterinya Serra mendirikan rumahtangga pada tahun 2015. Hasil pernikahan itu mereka berdua dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan. Pasangan ini berbaik sekitar Februari yang lalu setelah hampir 2 bulan menghadapi pergolakan rumahtangga.

Kerjaya Shuk pula baru sahaja dibina semula setelah jatuh dengan teruk sebelum ini. Semoga pasangan ini dapat mencari jalan keluar dan menyelesaikan permasalahan mereka dengan baik.

Sumber : Instagram shuk sahar

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!