“Alhamdulillah lepas 7 tahun, Attar dah pandai makan ayam”- Wawa Zainal

Ramai ibu bapa di luar sana mengeluh dan berasa khuatir apabila anak-anak mula tidak gemar makan makanan berprotein salah satunya iaitu ayam. Pengambilan makanan berprotein amat penting buat tumbesaran anak-anak. Namun tidak elok juga buat anak-anak jika terlalu makan ayam berlebihan. Tanggungjawab ibu bapa adalah untuk memberi dan mengawal makanan buat anak-anak dengan betul.

Siapa sangka, satu-satunya anak kepada pelakon dan usahawan Wawa Zainal iaitu Attar tidak pernah makan makanan berprotein seperti ayam dan makanan sayur sayuran sejak tujuh tahun lalu. Lebih mengejutkan, Attar hanya cuma makan nasi dan kuah kosong sahaja.

Bukan hanya Attar sahaja, sememangnya ramai juga kanak-kanak lain pada zaman ini kurang makan makanan yang sihat. Ibu bapa semestinya perlu membimbing anak anak supaya minat dengan makanan yang sihat supaya mereka lebih sihat dan aktif.

Sementara itu, Wawa Zainal berkongsi perasaan gembira menerusi video yang dimuatnaik menerusi laman Instagramnya menunjukkan Attar pertama kali menjamah ayam goreng selepas 7 tahun tidak pernah mengusiknya.

Video yang dikongsi Wawa telah menjadi perhatian ramai dan rata rata netizen berkongsi pengalaman anak-anak mereka yang juga jarang makanan makanan berprotein seperti yang dialami oleh Attar.

Selain itu, salah seorang netizen memberi komen dengan menanyakan pada Wawa sebab kenapa Attar tidak mahu makan ayam. Dan ini jawapan Wawa.

Ada juga sebahagian netizen memuji wajah kacak Attar yang sama seperti bapanya, Aeril Zafrel. Kacak sungguh.

Semoga lepas ni Attar boleh makan sayur sayuran ye lepas ni. Makanan yang sihat, otak pun cerdas dan aktif tau hehe..

Sumber: W4w4_zainal

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*