“Kami tak makan proses food, tkut maatii cepat”- Che Ta

Pengambilan makanan yang sihat amat diperluukan untuk memiliki tubuh yang sihat. Lebih-lebih lagi jika kegemaran makanan kita ialah sayur-sayuran, lebih mudah bagi seseorang untuk mengekalkan kesihatan yang baik buat tubuh. Namun, tidak ramai yang peka dan kurang mengambil perhatian tentang kebaikan makanan sihat seperti sayur-sayuran. Buat pelakon Rozita Che wan, sayur-sayuran antara makanan kegemaran buatnya.

Patutlah Che Ta nampak lebih muda dari usia sebenarnya. Rupa-rupanya rahsia awet muda datang dari pemakanan sihat yang diamalkan Che Ta dan amat bagus untuk kita contohi.

Selain kerap memakan sayur sayuran, Che Ta juga tidak pernah makan makanan yang telah diproses seperti salah satu contohnya ialah, Sardin. Bagi Che Ta, Makanan proses tidak bagus buat tubuh kita kerana telah diawet untuk tahan lebih lama.

Menerusi salah satu komen balas oleh Che Ta pada posting miliknya, komen itu telah mencuit hati netizen yang membacanya.

Daripada komen Che Ta itu juga, ramai salute pada Che Ta yang tidak langsung mengusik makanan berproses. Ia antara contoh baik yang kita patut contohi daripada Che Ta.

Sementara itu, Posting Che Ta menjadi perhatian ramai baru baru ini apabila Che Ta kerap memuatnaik video masakannya di Instagram. Isu berkaitan Ikan Talapia Laut juga pernah menjadi bualan hangat sebelum ini dalam kalangan netizen.

Posting video Che Ta yang terbaru menunjukkan Che Ta sibuk memasak masakan menu sayur buat hidangannya dan menerima hampir 7000 tanda suka.

Bagusnya Che Ta tak pernah makan makanan berproses. Patut lah langsing macam anak dara hehe..

Sumber: Instagram Rozitachewan1

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!