“Mmg Cik B tak berkenan kat bakal Dato Vida dari sblm ni kan” – Netizen

Sejak beberapa hari ini ura- ura mengenai Dato Vida akan mendirikan rumahtangga bersama bekas PA Dato Vida iaitu Ahmad Iqbal Zulkefli bertiup kencang di media sosial. Desas desus mengenai perhubungan antara Dato Vida dan bekas PA nya itu timbul setelah Datuk Aliff Syukri bertindak memuatnaik video klip pendek perbualan antara beliau dan Dato Vida mendedahkan perkara berkenaan.

Walaupun sebelum ini Dato Vida pernah berkata bahawa beliau akan memilih bakal suami yang setaraf mempunyai kestabilan ekonomi dan sebaya dengannya namun tindakan Dato Vida yang juga sudah melakukan pemeriksaan kesuburan demi memastikan bahawa beliau masih boleh melahirkan zuriat secara tidak langsung telah mengesahkan hubungan beliau dan bekas PA nya itu dan bakal bernikah tidak lama lagi.

Dato Vida berkata, sebelum beliau membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga kali ini dengan mana-mana lelaki, dia perlu memastikan dirinya masih subur dan mampu melahirkan anak memandangkan usianya kini yang sudahpun menginjak 50 tahun bulan hadapan.

Buat Dato Vida sendiri atau nama sebenarnya Hasmiza Othman, dia tidak mahu berkahwin sekiranya menyedari tidak mampu untuk melahirkan zuriat kerana bagi dirinya hanya anak yang mampu mengikat sesebuah hubungan perkahwinan.

Sebagai rekod, sebelum ini Dato Vida pernah mendirikan rumah tangga sebanyak dua kali. Perkahwinan pertamanya dengan bapa kepada Cik B dan Kacak iaitu Mohd. Amin Yassin. Mereka bernikah pada tahun 2000 dan bercrai pada 2008.

Hasil perkahwinan itu, Dato Vida dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Muhammad Eddie Zuhdie, Muhammad Edrie Zikree, Edlynn Zamileen dan Muhammad Eric Zaquan.

Namun begitu, Muhammad Eddie Zuhdie dan Muhammad Edrie Zikree mngl dunia dalam satu kebakaran di rumah Dato Vida di Ipoh pada tahun 2013. Selepas itu Dato Vida mendirikan rumah tangga bersama Fairuz Ahmad Zainuddin pada Januari 2014 namun kemudiannya bercrai pada 7 April 2017.

Walaubagaimanapun berlainan pula dengan penerimaan anak kepada Dato Vida sendiri yang tidak memberikan respon baik terhadap berita pernikahan ibunya itu.

Menerusi satu perkongsian di Instagram Dato Vida, beliau seolah meluahkan apa yang terbuku di hatinya terhadap sikap anaknya itu yang seolah kurang bersetuju dengan keputusan beliau untuk bernikah kali ketiga.

Memohon doa daripada para pengikut akaun Instagram beliau dan orang ramai, Dato Vida berkata beliau amat mengharapkan doa daripada orang ramai agar termakbul apa jua yang dihajatinya sebagai ibu kepada anaknya itu.

Menjengah keruangan komen pula, rata- rata netizen mendoakan supaya urusan Dato Vida dipermudah. Bukan mudah untuk memilih antara anak dan kebahagiaan sendiri. Berkemungkinan besar Cik B pula sebagai seorang anak, sebolehnya tidak mahu sekiranya melihat ibunya bersedih.

Cik B hanya tidak mahu Dato Vida terluuka lagi setelah mengambil kira beberapa perkahwinan beliau sebelum ini yang telah gagal. Berikut dikongsikan komen – komen netizen.

“Cik B sebenarnya dia sokong ja apa mama dia buat…tp dia risau tkut mama dia di kecewa kan lg..siapa xsyang mak oo..mak bahgia..bahagiala anak” – Netizen

“Betul. nk lindungi maknya dri diluukai. Klu dipaksa jgk, takut jadi yg sebaliknya. Saya cuma nyatakan pendapat saya sahaja.” – Netizen

“Mgkin bgi dia bkl suami dato terlalu muda fikiran org muda x sama dgn yg tua, so dato fikir2 la jgn kerana hrta smua trma, tpi byk je yg kawin laki muda, ada yg kekal dan ada yg x kekal so dato fikir2 kn la jgn kerana cinta bdn binasa ank2 terluuka” – Netizen

“sungguh benar. Cik B lihat mamanya dr dulu hingga berjaya. CiK B akan faham. Dia inginkan kebahagian mamanya . Dia tahu apa yg mamanya lalui . Rasa risau dan takut tu ada.

Dia juga inginkan orang yg benar2 ikhlas selamanya. Bukan tak percaya kpd plilihan mamanya.. tapi kuatnya kasih dia kpd mamanya. Walau apa pun, moga Allah berikan yg terbaik buat kalian. Kat luar nun .. biar lah mereka.” – Netizen

“jangan sedih dato…anak remaja mmg mcm tu..waktu umur mcm tu dia ada kehendak dia sendiri…nti bila umur dh masuk 20an InsyaAllah dia akan ok…” – Netizen

“Xsemudah tu sis…sy paham perasaan cik b..dye lalui kehidupan yg membesar tanpa seorang ayah walaupun dye ada ayah kandung..dgn perkhawinan ibu dye yg gagal..walaupun cik b tu muda tapi dye matang,

membesar tanpa kasih seorang ayah dgn suami jauh beza..mybe dye xnak dato kecewa lagi..tapi sisi lain ada owg yg kuat pegang tangan dato sampai dato bolh buka utk berkhawin..” – Netizen

Terdahulu, Ahmad Iqbal dalam satu kenyataan beliau sebelum ini pernah mendedahkan bahawa dirinya mampu memberikan nafkah sebanyak RM1 juta sebulan kepada bakal isterinya.

Malahan beliau dan Dato Vida juga sebenarnya sudah hampir berkahwin pada tahun 2018 namun tidak kesampaian atas sebab-sebab tertentu.

Sebenarnya tidak salah untuk memilih dan menerima seseorang yang jauh lebih muda sebagai calon suami. Walaupun usia lebih muda namun tidak bermakna seseorang itu tidak matang dalam kehidupannya. Namun perasaan anak juga di ambil kira. Semoga Dato Vida dapat berbincang perkara tersebut secara baik dengan Cik B.

Sumber : Instagram datoserivida

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!