“Tak kisah nk bg kucing ke anjiing ke, pls letak bekas atau alas”- Netizen

Selain menjaga hubungan baik dengan manusia, kita perlu melayan baik dengan semua haiwan yang juga makhluk ciptaan Allah SWT. Sememangnya haiwan berhak untuk terima layanan baik daripada manusia dan sentiasa dilindungi. Bahkan kita sebagai manusia perlu memiliki kesedaran dan sifat kasihkan haiwan yang tinggi. Perasaan prihatin terhadap haiwan jalanan mendorong pelakon Zara Zya membuat kebajikan dengan beri makanan kepada haiwan jalanan.

Meskipun haiwan jalanan itu adalah seekor anjing, Zara Zya langsung tidak memilih kasih dan beranikan diri untuk beri makanan kepada haiwan tersebut.

Zara Zya berkongsi sebuah paparan video menunjukkan dirinya memberi makanan kepada ibu anjing.

Namun, tindakan Zara Zya meletakkan makanan haiwan tanpa beralaskan sekeping kertas telah ditegur oleh salah seorang netizen. Netizen menegur sedemikian kerana khuatir jika kawasan berkenaan k0tor dengan sisa makanan yang ditinggalkan dan tidak bersih.

Malah netizen lain turut memuji tindakan Zara Zya yang begitu prihatin dengan haiwan jalanan meskipun haiwan tersebut adalah seekor anjing.

Dalam pada itu, video Zara telah menerima hampir 1,000 komen dan 400,000 tontonan di laman Instagram.

Zara kini lebih bergiat aktif dengan aktiviti memberi sumbangan kepada yang memerluukan. Bagusnya tengok Zara Zya sekarang, sentiasa bagi sedekah. Tengok Zara Zya bertudung pun nampak manis je.

Sumber: Instagram Zarazya

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!