“Ada gym buddies lah, bestnya”- Sherry Alhadad

Hubungan keluarga pelakon Norman Hakim bersama Memey Suhaiza dan bekas isterinya, Abby Abadi cukup harmoni dan saling menyayangi antara satu sama lain. Mereka sekeluarga sentiasa kelihatan bahagia bersama anak-anak yang semakin membesar. Keluarga besar Norman antara yang boleh dicontohi untuk memiliki hubungan keluarga yang baik. Selain memiliki keluarga yang besar dan cukup bahagia, Norman juga mempunyai hubungan yang cukup rapat dengan anak sulungnya iaitu Danish.

Danish yang kini sudah berusia 17 tahun. Begitu cepat masa berlalu, Danish yang berwajah kacak ini sama iras seperti ibunya.

Danish yang rapat dengan bapanya telah berkongsi minat yang sama apabila kedua-duanya aktif menjaga badan. Jika kita lihat pada Norman, badannya yang tegap itu adalah hasil dirinya bersukan dan menjaga pemakanan dengan disiplin.

Norman sentiasa berkongsi rutin hariannya melakukan aktiviti workout dan kali ini, beliau lakukan aktiviti tersebut bersama anak lelakinya. Perkongsian itu dilakukan menerusi posting video di laman Instagram miliknya.

Norman dan Danish cukup bertenaga serta sesuai berganding bersama melakukan aktiviti workout. Ibarat perumpaan bapak borek anak rintik, Danish pun ikut jejak bapanya untuk aktif bersukan. Bukan itu sahaja, Danish juga sering ikut bapanya menghadiri perkongsian ilmu bersama Ustaz Ebit Lew baru-baru ini.

Hubungan antara Norman dan anak lelakinya itu membuatkan ramai netizen teruja melihat mereka dua beranak ini masing-masingnya berkongsi minat yang sama.

Video yang dikongsi Norman telah ditonton sehingga 153,000 tontonan dan pelbagai reaksi yang diberikan oleh netizen menerusi ruangan komen.

Bestnya tengok hubungan Norman dengan anak sulung, Danish. Masing-masing kongsi minat yang sama, senang lah kalau nak pergi mana mana lepas ni. Anak teman bapa je lepas ni..

Sumber: Instagram Normanhakim

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!