“Sunnah mengajar anak naik kuda, yusof tak takut ya”- Netizen

Pasangan selebriti, Hairul Azreen dan Hanis Zalikha tidak lokek berkongsi aktiviti harian mereka sekeluarga menerusi Instagram. Kedua-dua cahaya mata pasangan ini iaitu Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah antara si cilik yang popular dalam kalangan netizen pada masa kini. Telatah dua beradik comel ini selalu menceriakan netizen yang sering mengikuti perkembangan mereka.

Populariti Yusuf dan Alisa di laman sosial media boleh dikatakan setanding dengan artis popular Malaysia. Masing-masing mempunyai pengikut di Instagram melebihi satu juta pengikut. Untung Yusuf dan Alisa ni.

Baru-baru ini, Hairul Azreen berkongsi video dan foto aktiviti menunggang kuda bersama Yusuf. Walaupun Yusuf masih kecil lagi, Hairul telah beri pendedahan yang bagus buat Yusuf. Menunggang kuda sangat digalakkan dalam agama Islam.

Menerusi video yang dikongsi Hairul, Yusuf kelihatan tidak kekok menunggang kuda meskipun masih kecil lagi malah lebih seronok melakukan aktiviti yang berfaedah itu.

Reaksi Yusuf menunggang kuda membuatkan ramai netizen teruja melihat anak kecil itu. Hairul pula dipuji oleh ramai netizen kerana beliau pandai mendedahkan anaknya dengan aktiviti yang cukup bermanfaat.

Dalam pada itu, video dan foto yang dimuatnaik Hairul telah menerima 63,000 tanda suka. Rata rata netizen menunjukkan minat untuk membawa anak mereka menunggang kuda seperti yang dilakukan Yusuf.

Seronok betul muka Yusuf bila dapat tunggang kuda. Apa salahnya sekali sekala naik kuda kan, boleh praktis sampai mahir tunggang kuda hehe

Sumber: Instagram Hairul Azreen

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!