“Mesti semua org pandang perut Lofa kan”- Netizen

Sebelum ini, pengacara dan usahawan popular Neelofa sering di asak dengan soalan mengenai kehamilan anak kedua, namun Neelofa enggan mengiyakan atau menafikan spekulasi yang sedang tular bahawa beliau kini sedang hamil anak kedua seperti dakwaan netizen. Sebaliknya, Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor lebih selesa membiarkan perubahan fizikal menjawab desas-desus mengenai kehamilannya itu.

Menurut Neelofa, beliau hanya mengikuti arus dan sekiranya beliau di takdirkan untuk hamil lagi anak kedua, ketiga mahupun seterusnya beliau akan tetap memegang pendirian yang sama untuk tidak memberikan sebarang komen.

Buat diri beliau sendiri, sebarang perkara yang belum pasti tak perlulah di hebohkan. Sama seperti perkahwinan dan kelahiran. Namun Neelofa tetap menghargai komen dan doa para peminat.

Turut menyokong kenyataan isteri, PU Riz turut mengharapkan semua orang terutama para peminat dapat mendoakan yang terbaik buat isterinya. Berkongsi pendapat yang sama seperti Neelofa, PU Riz juga tidak menafikan atau mengesahkan dakwaan kehamilan berkenaan.

Terdahulu, ketika majlis sambutan ulang tahun kelahiran anak sulung pasangan ini tempoh hari, desas-desus Neelofa hamil anak kedua bertiup kecang memandangkan Neelofa dilihat sering mengusap perutnya.

Neelofa dilihat memegang perut yang semakin membesar ketika memberi ucapan sempena ulang tahun pertama kelahiran anak kesayangannya, Muhammad Bilal. Neelofa dan PU Riz mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021 dan dikurniakan Muhammad Bilal pada 29 Januari tahun lalu.

Neelofa baru sahaja pulang dari kota Mekah setelah selesai mengerjakan ibadah umrah beberapa hari yang lalu. Sebagai seorang yang sentiasa sibuk dan mempunyai jadual yang padat dengan pelbagai aktiviti merangkumi perniagaan dan aktiviti seni, selebriti itu kembali kepada rutin harian beliau sekembalinya daripada mengerjakan umrah.

Menerusi satu perkongsian terbaru Neelofa di Instagram peribadinya, beliau memuatnaik satu video yang memaparkan dirinya menghadiri acara pelancaran koleksi terbaru fesyen dan beg tangan terbaru bagi jenama mewah Dior.

Turut sama menghadiri pelancaran jenama mewah tersebut adalah adik Neelofa yang juga bergelar selebriti media sosial. Kehadiran Neelofa ke acara berkenaan menarik perhatian warganet.

Meskipun berpakaian unik dan tampil bertutup penuh namun Neelofa tetap kelihatan menawan dan sopan dengan gayanya tersendiri. Namun begitu, apa yang lebih menarik perhatian adalah perubahan fizikal dirinya yang menjadi persoalan warganet.

Menerusi ruangan komen, netizen berkata perut Neelofa sudah kelihatan semakin jelas. Netizen juga sempat mengusik Neelofa yang sedang dalam keadaan mengandung setiap kali menghadiri acara pelancaran koleksi jenama mewah Dior. Berikut di kongsikan komen- komen netizen.

Kehamilan Neelofa kali kedua ini di sambut para peminat beliau dan warganet dengan penuh rasa syukur. Netizen juga semakin memahami pendirian Neelofa yang mahu menyembunyikan kehamilan dan menghebahkan kelahiran.

Netizen juga mendoakan agar urusan kehamilan Neelofa di permudahkan dan di kurniakan kesihatan yang baik sepanjang fasa kehamilan. Nampak berseri wajah Neelofa dan sangat menyerlah aura ibu hamil.

Sumber: ig neelofa

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!