“Tiba2 dia cakap nak kenalkan Linda dgn pelakon hensem mcm Shah Rukh Khan” – Linda Rafar

Bukan semua adik beradik ipar yang rapat dan akrab dengan adik beradik ipar yang lain. Namun masih ada yang rapat dan ada juga memang tidak menganggap lain daripada menganggap adik beradik sebenar. Malah ada hubungan biras dan adik ipar yang seumpama adik beradik kandung seperti Zamarul Hisham dan juga kakak iparnya Linda Rafar.

Perhubungan mereka sangat akrab sehinggakan beliau dijaga baik oleh adik iparnya Zamarul Hisham malah sehingga jodohnya juga diteliti oleh Zamarul. Tatkala perkenalan Linda dan suaminya diperkenalkan, rupanya Zamarul lah yang membenarkan perhubungan mereka sehingga ke jinjang pelamin.

Sesiapa sahaja yang membaca sehingga habis kapsyen Linda Rafar akan faham bagaimana kuatnya perhubungan mereka meskipun sebagai adik dan kakak ipar. Sudah mengenali satu sama lain dan hubungan adik beradik mereka kuat dan akrab.

Melihat perkongsian ucapan selamat hari lahir kepada Zamarul Hisham, turut memberikan komen adalah isterinya iaitu adik kepada Linda Rafar ialah Diana Rafar. Mereka adalah contoh perhubungan adik beradik yang baik untuk masyarakat.

Perkongsian ini bertujuan memberikan ucapan khas hari lahir kepada Zamarul Hisham dan ia adalah ucapan panjang daripada perkongsian kakak iparnya itu. Malah semuanya diceritakan dikapsyen tersebut.

Zamarul dan isteri Diana Rafar juga sangat baik melayan kakaknya dan sehingga kini hubungan mereka baik-baik. Malah mereka juga sering berhubung dan bersua jika ada masa kelapangan.

Bukan itu sahaja malah Zamarul dan Syed Aiman juga bersahabat dan mereka gembira apabila menjadi keluarga pada dalam industri sama dalam kerjasama dan bidang yang sama.

Pelbagai ucapan dan netizen mendoakan selamat buat Zamarul Hisham. Banyak juga komen yang mengucapkan selamat ulangtahun kelahiran buat Zamarul. Antara komen netizen ada diruangan komen. Ini adalah komen isterinya kepada Linda Rafar.

Semoga Zamarul kekal sihat dan kuat demi keluarga dan semoga perhubungan rumahtangga dijaga sebaiknya. Amin. Kehidupan mereka memang penuh ujian tapi tidak siapa yang terlepas dari ujian.

Sumber: ig lindarafar

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!