“Mesti penat kan ngadap deme2 tu” – Netizen

Sejak mendirikan rumahtangga nama pasangan sensasi Neelofa dan PU Riz tidak lekang menjadi sebutan dalam kalangan masyarakat. Neelofa sendiri pernah muncul sebagai ikon mslimah apabila menerima anugerah Tokoh Wanita Kelantan. Sumbangan mereka berdua amat besar dalam beberapa aktiviti kebajikan serta perniagaan. Namun begitu akhir-akhir ini usahawan dan juga ikon itu bersama suaminya tidak sepi daripada k0ntrov3rsi melnggar SOP yang ditetapkan kerajaan.

Semuanya bermula daripada majlis pernikahan selebriti sensasi berkenaan sekitar bulan Mac yang lalu. Pasangan berkenaan juga dikatakan telah menyalahguna kebenaran merentas negeri ke Langkawi atas tujuan kerja apabila dilihat bersantai menaiki jetski di pulau peranginan terkenal berkenaan.

Setelah siasatan dilakukan pihak berkuasa, Neelofa dan keluarga di dapati bersalah kerana majlis pernikahan tersebut telah melnggar SOP yang ditetapkan dan Neelofa sekeluarga juga telahpun didenda sebanyak RM60 ribu di atas kesaalahan tersebut.

Namun, walaupun baru sahaja di denda Neelofa dan Haris sekali lagi dilihat telah mengambil kesempatan merentas negeri ke Nilai untuk membeli beberapa keping karpet menyebabkan pihak p0lis sekali lagi telah membuka kertas siasatan terhadap beliau untuk k3s tersebut.

Belum lagi selesai k3s Neelofa di Mahkamah Majistret Seremban, kini giliran ibu mertua PU Riz pula sedang disiasat oleh pihak polis Selangor ekoran kecuaian kakitangan beliau yang tersalah memuatnaik gambar tangkap layar beserta tulisan yang berbaur p0litik terhadap Institusi Diraja Johor.

Kakitangan yang bertanggungjawab memuatnaik posting tersebut juga telah membuat permohonan maaf dan turut sama dalam siasatan pihak berkuasa.

Jika diikutkan satu demi satu ujian dan dugaan yang melanda keluarga mereka tanpa henti sejak dari awal tahun lalu. Ada sahaja isu baru yang timbul melibatkan ahli keluarga mereka sama ada isterinya Neelofa mahupun ahli keluarga mertuanya.

Terkini PU Riz telah memuatnaik sekeping gambar awan dengan caption harapan di instagram beliau. Bagaimanapun gambar berkenaan telah mengundang pelbagai spekulasi dalam kalangan netizen yang rata-ratanya mempunyai tafsiran mereka yang tersendiri terhadap gambar itu.

Kontroversi yang seolah tiada penghujung membuatkan para penyokong dan peminat Neelofa merasa amat kasihan terhadap pasangan pengantin baru tersebut.

Namun begitu ada juga netizen yang mninggalkan komen mengaitkan caption harapan ditulis PU Riz itu dengan beberapa isu yang berlaku dalam keluarga mertua beliau baru-baru ini. Berikut dikongsikan komen yang ditinggalkan netizen di entri tersebut.

Kasihan pula kepada Neelofa dan Haris. Sejak mereka berkahwin belum reda rasanya kontroversi yang melanda melibatkan mereka berdua. Sesungguhnya Allah tidak akan menguji melebihi kemampuan.

Semoga kehadiran PU Riz dalam kehidupan Neelofa dan keluarga juga akan memberikan sinar baru terutamanya dalam aspek keagamaan dalam keluarga mereka nanti. Mudah-mudahan ujian yang menimpa mereka diberikan ganjaran yang tidak ternilai nanti.

Sumber : Instagram hrisismail

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!