“Baby cakap, cantik dik. Tengok ibu jari dia, mama geram da” – Kak Lina

Kehadiran seorang cahaya mata adalah sangat ditunggu-tunggu oleh setiap pasangan yang baru sahaja mendirikan rumahtangga mereka. Kehadiran seorang anak kecil itu diibaratkan satu anugerah kerana anak itu adalah rezeki teragung yang dikurniakan. Ada pasangan yang sudahpun punyai cahaya mata namun mereka ingin menambah lagi kerana ingin menambah seri dalam kehidupan berkeluarga.

Begitu juga dengan pelakon dan pengacara yang sedang naik namanya, Elly Mazlein atau lebih dikenali sebagai Kak Lina Pompom. Buat masa sekarang, beliau telahpun punyai satu cahaya mata daripada perkahwinan yang sebelumnya. Dan sekarang, beliau mengharapkan seorang lagi cahayamata dari perkahwinannya yang kedua.

Namun setelah penantian selama 2 tahun, sepertinya Tuhan telah mendengar dan menjawab doa Elly Mazlein. Baru-baru ini, Kak Lina Pompom telah berkongsi rasa gembiranya bakal menimang cahayamata tak lama lagi.

Dilihat di dalam gambar tersebut, Kak Lina kongsikan gambar ultraasound bayinya yang bakal ditimang tak lama lagi. Beliau juga memohon agar netizen mendoakan keselamatan beliau dan bayi beliau sepanjang kandungan yang beliau akan tempuhi.

Rakan-rakan artis juga menumpang gembira atas rezeki yang dikurniakan ke atas Elly Mazlein dan suami termasuklah Nabila Huda yang juga meminta doakan agar beliau juga dimurahkan rezeki menimang seorang lagi cahaya mata.

Netizen juga menumpang gembira atas kurniaan yang dianugerahkan pada Kak Lina Pompom.

Lama juga Kak Lina dan suami menunggu kehadiran cahaya mata mereka yang kedua. Semoga dimudahkan segala urusan Kak Lina dan suami dalam menempuh 9 bulan mengandung dan seterusnya.

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!