“Menangiis tepi bucu katil dah Arjun Rampal kalau tengok ni”- Netizen

Tanggal 20 Februari yang lalu telah menjadi tarikh keramat buat pengacara dan pelakon Zulin Aziz apabila hanya dengan sekali lafaz, beliau akhirnya telah sah bergelar isteri kepada rakan kongsi perniagaannya sendiri iaitu Farhan Norzaini. Pasangan itu mengadakan majlis akad nikah di Msjid Negara. Majlis akad nikah pasangan sama cantic sama pada itu telahpun berlangsung mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telahpun ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Jabatan Agama Islam Kuala Lumpur (JAWI).

Zulin dan pasangannya itu diijabkabul dengan berwalikan abang kandung kepada pengantin perempuan iaitu Shah Rezza Abdul Aziz dan mereka berdua dinikahkan oleh Imam Besar Msjid Negara iaitu Ustaz Ehsan Mohd Hosni.

Zulin Aziz atau nama sebenar beliau Farah Azleenda Abdul Aziz telah menerima wang hantaran sebanyak RM30,000 serta mas kahwin berjumlah RM80.

Pasangan ini saling berbalas dulang hantaran di mana lima dulang hantaran pihak lelaki berbalas tujuh dulang daripada pihak pengantin perempuan.

Ramai yang mengetahui kisah mengenai Zulin yang tidak jadi berkahwin sebelum ini. Namun begitu, kehadiran suaminya sejak dua tahun lalu dalam kehidupan beliau bagaikan magis yang di rasakan seperti kata pepatah selepas hujan akan turunnya pelangi.

Suaminya itu melamar Zulin ketika mereka berdua mengerjakan umrah tahun lalu di Madinah. Zulin menyifatkan kesungguhan dan keluhuran hati Farhan yang membuatkan dirinya tertawan.

Sikap bertanggungjawab dan pandai mengambil hati keluarga yang di miliki oleh suaminya itu juga antara faktor beliau menerima lelaki tersebut sebagai suami.

Menurut Zulin lagi, beliau selesa bersama Farhan dan boleh meluahkan apa sahaja. Mereka berdua juga tiada rahsia dan Farhan menerima dirinya seadanya sejak zaman berisi dan berjaya menurunkan berat badan.

Perkenalan yang bermula daripada hubungan persahabatan itu akhirnya kini menjadi hubungan yang halal. Ibu Farhan juga menjadi antara punca mereka berdua di pertemukan.

Sementara itu, Farhan atau nama penuh, Mohd Farhan Norzaini melihat Zulin pula sebagai wanita yang berhati tulus dan ikhlas serta pandai mengambil hati keluarganya.

 Menerusi perkongsian terbaru di Instagram, Zulin telah berkongsi video beliau bersama suaminya membuat promosi produk. Zulin dan suaminya itu merakam video dengan menggunakan latar suara Dato Seri Vida dan bekas PA iaitu Ahmad Iqbal Zulkifi.

https://www.instagram.com/p/CbCx1SDpWOq/?utm_source=ig_web_copy_link

Di caption video mempromosikan produk yang khusus untuk penjagaan dalaman wanita itu, Zulin turut berkongsi mengenai perancangan keluarga beliau dan suami.

Menurut Zulin, pada awalnya suaminya itu mengidam untuk mendapatkan anak kembar. Bagaimanapun suami Zulin kemudiannnya ingin menambah kepada 4 orang anak.

Setelah melangsungkan perkahwinan, pasangan ini masih belum sempat untuk berbulan madu kerana sibuk dengan urusan perniagaan yang di usahakan bersama iaitu Sambal Tujuh.

Mereka berdua bagaimanapun merancang untuk mengerjakan umrah bersama semasa bulan Ramadhan tahun ini. Bekas penyampai radio Suria FM itu juga turut berharap agar kehidupan yang baru di bina bersama suaminya itu dipermudahkan.

Menjengah keruangan komen, ramai yang mendoakan agar pasangan tersebut akan segera di kurniakan zuriat. Tidak kurang juga para netizen yang tidak lokek berkongsi petua untuk mendapatkan anak kembar dan mendoakan kebahagiaan pasangan ini.

Sebelum ini Zulin sering membuat video miming dengan mengambil video pelakon Bollywood kegemaran beliau iaitu Arjun Rampal, namun kini setelah beliau berkahwin mungkin Zulin lebih selesa merakamkan video bersama suaminya pula.

Ramai yang makan hati melihat kemesraan pasangan ini merakamkan video bersama. Berikut di kongsikan komen – komen netizen.

Pasangan ini masing- masing pernah melalui fasa dikecewakan, turun naik kehidupan serta perhubungan. Mereka berdua mengambil keputusan untuk mengikat hubungan dengan tali pertunangan pada 28 Januari dan berkahwin sebulan selepas itu.

Sumber: ig zulin aziz.

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!