“Munaafiik 4 ke ni Dato” – Netizen

Kata orang, zaman kini jika mahu popular lebih senang jika dibandingkan dengan dahulu. Kini buat sahaja perkara yang pelik-pelik dan boleh menjadi tular di media sosial selepas itu pasti akan terkenal dan dikenali ramai. Malah ada juga yang boleh menjadi artis hasil tular dari media sosial. Orang ramai kini lebih tertumpu kepada hiburan dan maklumat semasa dari telefon bimbit masing-masing daripada televisyen. Jadi, promosi yang menarik dan mampu menjadi ‘viral’ merupakan cara yang paling mudah untuk promosi sesuatu di laman sosial.

Jika sebut sahaja tentang usahawan selebriti yang satu ini, pasti ramai yang sudah kenal dengan kerenah dan telatahnya jika sudah berada di depan kamera. Siapa lagi kalau bukan gerangan Dato Seri Hasmiza atau lebih dikenali sebagai Dato Sri Vida ini. Setiap hari pasti akan ada sahaja benda baharu yang dikongsikan ke laman sosial peribadinya itu.

Anak kelahiran negeri Kelantan ini bukan sahaja terkenal dengan empayar perniagaan kosmetiknya yang berkembang maju, malah rezekinya dalam bidang hiburan juga amat besar sekali. Disebabkan dengan sikap dan  telatah lucunya yang sering menjadi perhatian dan tumpuan dari para netizen.

Jika dahulu Dato Sri Vida pernah tular disebabkan lagu singlenya yang bertajuk I Am Me, kini dia dikhabarkan akan mengeluarkan satu lagu lagi pada tarikh 20 Mac nanti. Lagu terbaru dari Dato Sri Vida yang bertajuk Ku Ikhlaskan ini dikatakan berbeza dan tidak sama dengan dirinya yang sebenar.

Terkejut dengan video promosi yang telah dikongsikan oleh Dato Sri Vida dilaman sosial Instagramnya itu, netizen rata-rata telah meningg4lkan komen yang berbaur lucu disebabkan hasil solekan Dato Sri Vida yang dikatakan agak ser4m dan mel4mpau dalam video tersebut.

Musik video lagu Ku Ikhlaskan ini dikatakan telah memakan kos yang sangat besar bagi merealisasikan impian Dato Sri Vida. Jumlah keseluruhan RM400 ribu ringgit telah dihabiskan dalam masa 10 hari sahaja bagi menjayakan musik video terbaru dari usahawan terkenal negara ini.

Netizen tidak fokus dengan promosi musik video lagu terbaru dari Dato Sri Vida, mereka ternyata lebih tertumpu dengan hasil solekan pada wajahnya itu yang dikatakan ser4m.

Malah sehingga ada yang menanyakan kepada Dato Sri Vida jika solekannya itu dibuat untuk filem seram Muun4fik yang ke 4 pula.

Tengok video promosi dari Dato Sri Vida ni rasanya tidak sabar pula nak menantikan bagaimana agaknya rupa sebenar Dato Sri Vida dalam musik video tersebut.

Mesti ramai netizen pun yang sudah tidak sabar nak tengok Dato sekaligus dengar bagaimana nyanyian Dato Sri Vida membawakan lagu sedih pula.

Sumber: Instagram Dato Sri Vida

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!