“Sekali kena tazkirah dengan adik Haziq ni”- Shuib Sepahtu

Sejak viralnya video si cilik Adik Haziq yang petah bercakap dalam loghat kedah, banyak videonya yang tular di laman sosial media. Rezeki berpihak pada Adik Haziq apabila banyak media dan stesyen televisyen berhasrat ingin mengambilnya untuk disiarkan di televisyen serta sosial media. Malah ramai selebriti juga berganding dengan Adik Haziq ini termasuklah pelawak Shuib sendiri.

Shuib berganding dengan Adik Haziq bertujuan untuk mempromosikan salah sebuah produk makanan tempatan. Bagaimanapun, ia antara idea kreatif yang disampaikan oleh Shuib sendiri.

Adik Haziq yang popular dengan kepetahannya berkata-kata antara yang menjadi pilihan buat Shuib. Tersusun cantik je bahasa yang digunakan Adik Haziq. Bagus si anak kecil ini.

Gandingan mereka berdua sememangnya menarik perhatian netizen dan kelihatan sesuai berganding bersama dalam iklan mempromosikan produk tersebut. Adik haziq pun tak kekok bila berdepan dengan kamera.

Video Shuib bersama Adik Haziq itu telah mencuri tumpuan ramai netizen sejak dimuatnaik Jumaat lalu. Gelagat Shuib dan Adik Haziq ternyata serasi bersama dan menghiburkan netizen.

Melihat pada video tersebut, memang lucu bila Shuib dan Adik Haziq berlakon. Gelagat adik Haziq pun semestinya tidak mengecewakan dan pandai berlakon.

Maka tidak hairanlah jika syarikat produksi melamar Adik Haziq untuk filem atau drama mereka. Memang menjiwai watak betul.

Sementara itu, video Shuib itu telah ditonton sehingga mencecah 400,000 tontonan dan 392 komen baru baru ini.

Rata rata netizen akui suka melihat gandingan Shuib dan Adik Haziq. Dan banyak pengajaran yang diterima netizen nenerusi perkongsian video itu.

Syabas buat Shuib dan Adik Haziq. Banyak pengajaran yang kita boleh dapat daripada video itu. Idea Shuib pun bagus, berganding dengan adik Haziq yang viral ini memang pilihan terbaik.

Sumber: Instagram shuibsepahtu

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!