“Alahai abang, tu betul2 sedih ke lakonan tu”- Netizen

Pemilik nama Aqeef Anaqi ini ialah anak sulung kepada pasangan pelakon Amyra Rosli dan Amar Baharin. Memiliki akaun Instagramnya sendiri dengan nama aqeefanaqi, sehingga kini pengikut Instagram di akaun beliau telahpun mencecah 694,000 ribu orang pengikut. Aqeef Anaqi dilahirkan pada15 Oktober 2017. Buah hati sulung kepada pelakon drama Nur ini telah beberapa kali tercalon dalam Anugerah Meletop Era dalam kategori si cilik meletop kerana mempunyai raut wajah yang sangat comel.

Menginjak ke usia 5 tahun, Aqeef di lihat semakin bijak. Apatah lagi telahpun bergelar abang kepada seorang adik perempuan bernama Ayra Aryssa. Anak kedua Amyra Rosli itu dilahirkan pada Feb 2020.

Gelagat, keletah manja dan lucu Aqeef sering dimuatnaik oleh Amyra mahupun Amar menerusi Instagram mereka membuatkan para peminat geram dengan kecomelan yang dimiliki oleh anak pasangan tersebut.

Sehingga kini netizen masih lagi tidak dapat melupakan video doa makan yang dibaca oleh Aqeef sambil menangis teresak-esak yang dimuatnaik oleh ibu bapanya di Instagram.

Video bacaan doa penuh syahdu itu dimuatnaik oleh Amyra dengan caption mencuit hati bahawasanya anaknya itu terlalu sedih kerana berpeluang menjamah makanan yang terlalu sedap.

Video tersebut menjadi tular dan membuatkan para peminat mereka terhibur dengan gelagat Aqeef berkenaan. Meskipun terhibur namun warganet juga turut merasa simpati serta sayu mendengarkan tangisan doa yang di baca oleh Aqeef.

Sebagai pasangan selebriti yang dikenali ramai, apa juga perkongsian Amyra mahupun Amar Baharin di media sosial pasti akan menjadi tumpuan dan perhatian orang ramai.

Terkini menerusi satu video terkini di Instagram Amyra, beliau memuatnaik sebuah rakaman video yang memaparkan anaknya itu meminta Amyra membelikan lollipop berperisa tembikai setelah beliau selesai bekerja.

Amyra yang ketika itu sedang menjalani penggambaran merasa sayu kerana setelah Aqeef membuat permintaan supaya ibunya itu membelikan lollipop Aqeef kemudiannya berkata beliau amat merindui ibunya serta berharap ibunya itu berada bersama beliau di rumah.

Riak wajah Aqeef ketika meminta lollipop itu kelihatan sangat comel namun penghayatan beliau untuk memperlihatkan dirinya benar- benar sedih semasa ketiadaan ibunya itu juga mendapat pujian ramai netizen.

Tidak di nafikan bakat lakonan yang di miliki oleh ibu dan bapanya yang merupakan pasangan pelakon ini bakal di warisi oleh Aqeef pula.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang meninngg4lkan komen mengatakan mereka merasa geram dengan kecomelan wajah Aqeef.

Malahan sikap comel Aqeef itulah yang membuatkan Amyra tidak senang duduk untuk bekerja dan mahu segera pulang ke rumah untuk bertemu anaknya itu. Berikut di kongsikan komen netizen.

Rapat sungguh Aqeef dengan Amyra ni ya. Anak mummy la katakan. Amyra sebelum ini juga kerap mengusik Aqeef apabila pernah bergurau melakonkan drama pendek tersepit baju dengan begitu meyakinkan sehingga menangis Aqeef dibuatnya.

Manakan tidak bukan sahaja Aqeef, malahan lakonan Amyra mampu membuatkan para peminat menitiskan air mata menyaksikan lakonan beliau. Kasihan Aqeef kerap kena usik dengan ibunya.

Rata-rata netizen yang melihat video tersebut juga berasa sangat terharu dengan sikap Aqeef yang sangat penyayang kepada ibunya.

Walaupun video tersebut agak lucu namun warganet berkata mereka turut bersedih melihat Aqeef yang merindui ibunya itu.

Sumber: Instagram aamyra rosli

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0py P4ste tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!