“Ini baru content tak buat2, comel gilaa” – Netizen

Anak itu adalah satu anugerah yang diamanahkan untuk sesatu pasangan itu menjaga dengan penuh kasih sayang. Keindahan mempunyai cahaya mata itu sangat diimpikan oleh mana-mana pasangan dalam dunia ini. Mereka memberi keceriaan dan kemeriahan dalam sesebuah keluarga itu. Ragam dan tawa anak-anak itu ibarat satu kebahagiaan buat sesatu pasangan ibu bapa.

Begitu juga lah yang dirasakan oleh pengacara tv tempatan kita iaitu Dayah Bakar dan pasangannya apabila cahayamata mereka dilahirkan dengan selamat 17 Ogos tahun lalu. Nama yang diberikan kepada bayi mereka adalah Achbar Muhammad Fahri.

Anaknya yang senang dipanggil Fahri dilihat sangat cerdik dan lasak orangnya. Oleh kerana itu, beliau sudah pandai  berjalan pada umur beliau cecah setahun.

Sebagai ibu bapa, Dayah dan suami sangat suka melayani gelagat anak sulung mereka.

Baru-baru ini, mereka sedang merekod video mereka berdua sedang bersenam. Namun dilihat Fahri datang mengganggu.

Dilihat dalam video berkenaan, Dayah dan suaminye sedang melakukan senaman namun tiba-tiba kelibat anak mereka muncul dari tepi dan mengambil telefon bimbit mereka yang sedang dalam mode merekod.

Netizen sangat terhibur dengan gelagat spontan dari keluarga Dayah. Ramai yang mengatakan Fahri sangat bijak mengambil telefon itu dan merekod dirinya.

Ada juga netizen yang mengatakan video tersebut adalah konten ig Dayah yang tidak kelihatan dibuat-buat atau berlakon.

Fahri sememangnya dilihat sebagai anak yang bijak dan pandai mengusik ibu bapanya dengan gelagat spontan beliau. Untuk perkembangan terbaru Dayah, beliau sekarang berada dipangkuan suaminya di Australia kerana suaminya harus berkhidmat disana.

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!