“Sangat kreatif, macam awak tak berhijab tapi sebenarnya awak berhijab”- Netizen

Selama 10 tahun berada di arena antarabangsa, penyanyi, Yuna tampaknya tidak berhenti daripada melebarkan sayapnya. Dia antara pelantun berhijab di negara ini yang sudah bertapak dan mengetengahkan album di negara Uncle Sam. Kini hasil buah tangan terbaharu pelantun berasal dari negeri jelapang padi itu sudahpun siap. Yuna juga sudah mula berkongsi video muzik (MV,) bagi hasil karyanya itu. Seperti biasa, wanita sinonim dengan muzik rock indie ini tampil kreatif untuk penghasilan hasil seninya biarpun berhijab.

Meninjau hantaran MV yang dikongsikan Yuna di IG nya ramai yang memuji imej latar dan busana yang dikenakannya. Dari kepala sampai ke kakinya pakai ‘batu blink-blink’, selain nyanyian, busana disarungnya boleh agak terkesima juga netizen dibuatnya.

Persis penyanyi antarabangsa terkenal lainnya, Yuna yang pernah dicalonkan sebagai salah satu Best New Bands in the World di MTV Iggy pada tahun 2011 sememangnya agak memukau dalam video itu.

Ya lah… Yuna pun pernah muncul dengan single, “Live Your Life” hasil nukilan Pharrell Williams Musim Panas 2012 memperlihatkan Yuna berkongsi pentas Lollapalooza dengan artis seperti Florence+the Machine, Jack White, dan Childish Gambino.

Malah pada Oktober 2013, Yuna kembali dengan album Nocturnal serta menampilkan single “Falling”. Pada Februari 2016, Yuna melancarkan album ketiga beliau dengan pelancaran single “Places to Go” yang diterbitkan oleh legenda hip-hop DJ Premier.

https://www.instagram.com/p/Ca_Szv8A-5h/

Pada Disember 2016, Yuna melakar sejarah apabila album Chapters nya berjaya membolosi carta Billboard. Album itu dipilih sebagai 10 album R&B terbaik sepanjang tahun 2016 dalam artikel di laman web rasmi Billboard, manakala penyanyi berprofil tinggi yang lain seperti Beyoncé Knowles, Rihanna dan John Legend turut tersenarai di dalam pilihan tersebut.

Jadi apalah sangat untuk menghasilkan MV oleh Yuna ini kan… Begitupun, selain ketrampilan untuk MV nya itu, antara yang menancap pandangan netizen ialah kaedah Yuna berhijab. Penutup kepala ala rambut Cleopatra dengan juntaian manik digunakan sebagai pelindungi hijab warna hitam ikat belakang yang digunakannya.

Tak kurang yang menyifatkan apa yang dikenakannya itu kelihatan kreatif. Apa tidaknya, biarpun tampak acah tak berhijab, tapi dia masih ‘berhijab’. Begitupun, tak kurang ada yang menyifatkan apa yang dikenakannya itu tak boleh disamakan dengan hijab.

Apa pun, ramai juga yang mengambil jalan memandang natural perkara itu. Apa yang penting dirasakan adalah usaha Yuna untuk menghasilkan karya yang menyedapkan halwa telinga. Lebih lagi apabila dia juga dikatakan membantu membawa nama negara ke persada antarabangsa.

Apa pun selamat maju jaya buat Yuna dalam menempuh dunia seni yang penuh duri. Biarpun penampilan dan gaya hijabnya pernah dikecam sebelum ini, isteri kepada Adam Sinclair yang juga adik kepada 4rwah Ashraf Sinclair dan Aishah Sinclair ini membuktikan, itu bukan halangan buatnya dalam menghasilkan lebih banyak karya bermutu hingga kini.

Sumber : IG Yuna

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!