“MasyaAllah mata dia, cantik betul”- Netizen

Kehadiran cahaya mata sulung buat pasangan selebriti Ayda Jebat dan Nabil Mahir menjadikan kehidupan mereka suami isteri lebih bahagia. Ana Nayla, nama yang cantik diberi oleh Ayda dan Nabil buat cahaya mata mereka ini telah menjadi perhatian netizen dan ramai teruja melihat perkembangan Ana Nayla yang telah dilahirkan sejak 21 September lalu.

Selain itu, Ayda telah membuat akaun Instagram buat Ana Nayla dan telah mempunyai seramai 89,000 pengikut. Wow popular sungguh Ana Nayla ya.

Gelaran Baby Wuvv yang diberi Ayda dan Nabil ini juga membuatkan ramai netizen terpukau dengan mata anaknya yang begitu cantik sekali. Bulat dan comel.

Setiap kali video dan gambar Ana Nayla dikongsi di Instagram, ramai peminatnya cukup teruja melihat Ana Nayla dan tidak sabar untuk melihat anak kecil ini membesar dengan sihat.

Baru-baru ini, Instagram Ana Nayla berkongsi satu video yang menunjukkan Ana seolah-olah bersembang dengan ibunya.

Walaupun usia Ana Nayla baru mencapai dua bulan, Ana Nayla kelihatan lincah dan aktif menerusi video-videonya yang telah dimuatnaik di Instagram.

Malah video terbarunya telah menerima 168,000 tontonan sejak dikongsi pada 18 jam lalu.

“Ya Allah, matanya tu cantik betul haih tambah2 lagi pipinya tu bambam geram betul hehe, berkenan kat baby aunty dalam perut plis”- Netizen

Semoga Ana Nayla membesar dengan sihat dan cantik ya. Nampaknya ramai suka dengan mata bulat Ana Nayla ni, comel sangat.

Sumber: Instagram Ananayla

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!