“Ghisau nk bawak balik, kena ada bodyguard teman kiri kanan”- Netizen

Wang, sememangnya adalah penting untuk meneruskan kelangsungan hidup. Bukan itu sahaja, kewangan seseorang juga perli bijak diatur supaya elak daripada sikap memboros. Sebab itu ramai yang mencari pendapatan sampingan untuk mempunyai duit yang lebih buat mereka. Dan antara cara untuk mempunyai pendapatan sampingan adalah dengan berniaga atau aktif menjadi dropship bagi sesebuah produk.

Jika kita lihat, ramai wanita di luar sana berjaya membuktikan mereka berhasil menjual produk kosmetik milik selebriti tempatan sehingga mencecah puluhan ribu dengan hanya menjadi ejen dan dropship saja. Usaha sememangnya tangga kejayaan

Antara produk milik selebriti tempatan yg berjaya membantu dan menghasilkan ramai usahawan wanita ialam Mawarrose milik Mawar Rashid.

Mawar telah berkecimpung dalam dunia perniagaan dengan menjual produk kosmetik. Dan hasil jualannya sudah mencecah jutaan ringgit hasil usaha team Mawar.

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu… Siapa sangka, Mawar antara top 100 CEO yang sedang meningkat naik hasil kejayaan perniagaan Mawarose miliknya.

Dengan menghargai usaha dan keringat salah seorang usahawan Mawarose yang telah mencaapi target jualan, Mawar menghadiahkan sejambak duit bernilai RM15,000. Untungnya..

Malah Mawar juga sering menghadiahkan usahawan-usahawan yang rajin dan mencapai target jualan di bawah Mawarose dengan pelbagai hadiah lumayan.

Sebuah posting foto yang menunjukkan Mawar bersama sejambak duit bernilai RM15,000 itu telah mencuri tumpuan ramai netizen. Rata-rata netizen terkejut dan teruja melihat duit yang dipegang Mawar dan lawak juga ye bila Mawar tersalah tulis sejambang bunga.

Bila dah berusaha sehabis mungkin, InsyaAllah pasti akan berjaya macam Mawar dan team dia. Alhamdulillah seronoknya tengok duit banyak macam tu hehe..

Sumber: Instagram Mawarashid

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*