“Masuk Kelantan mmg gitu, kena pakai tudung tak boleh sksi”- Netizen

Negeri Kelantan diberi gelaran ‘Serambi Mekah’ apabila beberapa pendapat jelas menyebut dan percaya bahawa Kelantan antara negeri paling terawal menerima kedatangan Islam. Jika kita singgah ke negeri Cik Siti Wan Kembang ini, banyak tulisan jawi yang digunakan oleh mereka yang kita boleh lihat di sekeliling. Mereka juga cukup menitik berat tentang pemakaian golongan wanita di negeri itu.

Ramai selebriti Malaysia yang berasal dari negeri Kelantan, salah seorangnya ialah Fizo Omar. Jika lihat pada percakapan Fizo, dialek Kelantan cukup jelas didengari. Memang pekat sungguh dialek Kelantan Fizo tau.

Baru-baru ini, Fizo telah menamatkan zaman bujangnya dengan wanita pilihannya iaitu Fazeera. Selepas beberapa minggu berkahwin, Fizo membawa Fazeera ke negeri kelahirannya. Sungguh teruja Fazeera dapat bercuti bersama suami di Kelantan.

Lebih menjadi perhatian netizen lagi apabila penampilan Fazeera bertudung ketika datang ke negeri Kelantan. Fazeera kelihatan manis bertudung di samping suaminya.

Menerusi video yang dikongsi Fizo, Fizo kelihatan sempat merakam dirinya bersama Fazeera bersiar-siar di tepi pantai.

Ramai netizen berpendapat, Fazeera sangat menghormati budaya di negeri Kelantan yang rata-ratanya golongan wanita memakai tudung. Walaupun secra fizikalnya Fazeera seorang yang tidak bertudung, keperibadiaan Fazeera cukup bagus.

Malah, ramai netizen memuji wajah cantik ya dimiliki Fazeera. Manis dan sopan jer..

Dalam pada itu, video yang dikongsi Fizo telah dimuatnaik semula menerusi instagram Cerita Artis Malaysia dan menerima tontonan sehingga 364,000 tontonan. Rata-rata netizen memberi pelbagai reaksi di ruangan komen.

Bagusnya tengok Fazeera ni, hormat budaya orang Kelantan. Tengok muka Fazeera bahagia jer dapat bercuti sambil berbulan madu di Kelantan hehe..

Sumber: Instagram Ceritaartismalaysia

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!