“Dah jadi mommy orang pun masih nampak remaja”- Netizen

Setelah berkahwin dan bergelar seorang ibu, penampilan pelakon jelita Nur Fazura yang semakin sopan dan menutup aurat mendapat perhatian para peminat kerana gembira dengan penampilan baru artis pujaan mereka itu. Sejak bulan Ramadhan yang lalu, Fazura di lihat sering mengenakan tudung malahan meminta para peminat sentiasa mendoakan yang baik-baik buat dirinya.

Meskipun pada peringkat awal beliau tidak membuat sebarang pengumuman mengenai penghijrahan beliau namun sejak Aidil Adha yang lalu suaminya iaitu pelakon Fattah Amin telah mengesahkan bahawa isterinya itu telahpun berhijab secara kekal.

Tidak hanya berbekalkan wajah jelita sebagai model komersial, Fazura sebelum ini bergiat aktif dalam lakonan dan juga mempunyai bakat dalam nyanyian apabila pernah muncul dengan beberapa lagu di antaranya lagu yang bertajuk Hncur Aku di mana beliau berkolaborasi dengan kumpulan Estranged.

Malahan Fazura dan Fattah pernah merakamkan lagu bersama yang menjadi runut bunyi drama lakonan mereka iaitu Hero Seorang Cinderella. Fazura bertemu jodoh dengan juara hero remaja iaitu Fattah Amin setelah berlakon bersama menerusi drama Hero Seorang Cinderella.

Fazura dan Fattah mendirikan rumahtangga pada 27 November 2017 dalam satu majlis tertutup sebelum kemudiannya membuat majlis resepsi dengan menjemput rakan-rakan artis dan media.

Mereka menerima kehadiran cahaya mata sulung iaitu seorang bayi perempuan yang diberi nama Nur Fatima Aisya pada 2 Oktober 2020.

Menerusi perkongsian terkini pelakon wanita tersebut di instagram, Fazura berkongsi gambar beliau bersama anaknya semasa beliau membawa anaknya itu bersiar- siar di pantai. Nur Fatima Aisyah yang sudahpun menginjak usia 1 tahun pada 2 Oktober yang lalu kelihatan manja bersandar pada bahu ibunya itu.

Di fahamkan pelakon filem manisnya cinta di cappodicia itu mengambil kesempatan kelonggaran merentas negeri yang di umumkan oleh kerajaan untuk pulang ke kampung halamannya di Pekan Pahang.

Tidak dinafikan para peminat cukup mengagumi perwatakan lembut dengan penuh sifat keibuan yang dimiliki oleh pelakon berkenaan sejak dikurniakan cahaya mata sulung pada bulan Oktober tahun lalu.

Bertambah manis, apatah lagi kini beliau sudahpun berhijrah merubah penampilan dirinya dengan menutup aurat dan bertudung. Wajah Fazura tanpa solekan yang berat itu juga menaikkan lagi seri seolah-olah tidak di mamah usia dan semakin jelita.

Menerusi perkongsian beberapa gambar yang dimuatnaik oleh pelakon jelita tersebut, rata- rata para peminat memuji wajah putih mulus yang di miliki ibu kepada Nur Fatima Aisya yang kelihatan muda remaja meskipun telah mempunyai seorang anak dan meniti usia lewat 30an. Berikut dikongsikan komen-komen para netizen yang ditinggalkan di entri berkenaan.

Sehingga kini gambar- gambar Fazura dan anaknya Fatima yang dikongsikan di laman Instagram itu  telah menerima sebanyak 162,000 tanda suka dan 1472 komen daripada para pengikut akaun Instagram dan juga para netizen.

Penampilan Fazura semakin jelita sejak beliau mengenakan hijab cukup menarik hati para peminat beliau. Tambahan pula apabila beliau juga telah melancarkan jenama tudung di bawah label beliau sendiri iaitu Tudung Fazura. Sambutan yang diterima sangat menggalakkan sehingga tudung tersebut terjual kesemuanya dalam tempoh hanya beberapa minit.

Sumber: ig miss fazura

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!