“Kau ingat artis kaya sgt semua kita beli, baju pinjamlah”- Netizen

Artis memakai pakaian yang sama dalam persembahkan pun boleh jadi isu ya, sebenarnya artis memang banyak ditaja, kerana itulah sistem dalam dunia hiburan. Sambil ditaja sambil meniaga, itulah yang selalu dilakukan oleh artis-artis dan penaja. Sebenarnya banyak saja artis yang memakai sama namun bila waktu yang dekat dan penampilan baju amat ketara, ia mendapat perhatian.

Juara Gegar Vaganza 8, Aliff Aziz, memakai jaket merah yang sama dengan Michael Ang pada konsert persembahan, ketika itu Michael memakai untuk video klip lagu beliau Cinta Atau Propa dan, ketika persembahan Aliff, masih belum mendapat perhatian.

Apabila juara sudah dinobat, macam-macam pula isu muncul. Dengan pertanyaan tersebut, Michael Ang pun menjawab “kau ingat semua baju beli ke, pinjam lah”.

Istilah pinjam sebenar ditaja oleh penganjur atau mana-mana butik pakaian. Sepatutnya tidak keluar isu baju yang sama atau istilah pinjam meminjam. Namun netizen memang suka mencari hal dengan artis, lebih-lebih lagi jika artis tersebut sudah ada nama di persada industri.

Michael Ang seorang yang bersikap terbuka dan tidak melatah bila diperkatakan namanya, dan memuji Aliff Aziz memakai jaket itu lebih baik dari dirinya.

Pandai betul jawapan Michael ni menjawab, terhibur hanya dengan jawapan kepada soalan yang tidak patut ditanya. Diharap netizen janganlah bertanyakan soalan yang bukan-bukan.

Antara komen netizen ada yang sudah tahu cara pakaian ditaja namun ada juga yang tidak tahu. Ada yang tidak ambil kisah pun tentang baju tersebut.

Namun ada juga yang bertanya mengapa pakai baju yang ditaja, bermacam-macam soalan netizen yang tidak masuk akal yang ditanya.

Michael Ang baru-baru ini membuat pertandingan untuk sesiapa yang berjaya membawa lagunya dengan baik akan memenanangi RM1000, jadi silalah mencuba.

Sumber: ig michaelang38

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!