“Suatu ketika dulu Aliff kita kenal, now jauh beza MashaAllah” – Netizen

Sesungguhnya Dia jualah yang Maha Berkuasa menjentikkan hati. Siapa sangka kalau dulu bermacam-macam gelaran di’cop pada dirinya seperti berkelakuan tidak sen0noh, kaaki perempuan dan pelbagai lagi yang tidak enak didengar, tanpa mengambil masa bertahun lama, nampak sungguh perubahan ketara pada Juara Gegar Vaganza ke-8 yang masih hangat menjadi bualan, Aliff Aziz ini.

Selain penampilan dan pembawakan dirinya yang kini berbeza, nampak sudut pandangnya terhadap kehidupan juga mula berubah ke arah positif. Paling ketara sedikit sebanyak aura Aliff menyuntik impak di sekelilingnya agar turut merubah diri ke arahNya.

Yalah, bumi mana tidak ditimpa hujan dan lautan mana yang tidak bergelora, barangkali ada yang boleh kita jadikan pengajaran yang mana setiap orang pastinya boleh berubah, tak perlu memandangnya hanya dek noda yang pernah dilakukannya.

Yang baik kita jadikan ikutan seperti apa yg dilakukan Aliff ini. Lihat sajalah video ‘cuuri-cuuri’ yang dikongsikan ini. Dah boleh jadi pak imam Aliff rupanya dalam kesibukan dirinya dibantu peneman tersayang dalam membuat persiapan sebelum GV8.

Melakukan solat dipercayai ketika berada di belakang tabir, Aliff dilihat mengimamkan tiga orang pemuda yang berkemungkinan krew dan orang sekeliling terlibat di situ, bersama seorang wanita kelihatan seakan isterinya, Bella Astilla.

Selain sokongan insan sekeliling, terutama keluarga dan Bella sendiri, nampaknya Aliff kini sudah semakin matang dalam berubah. Bahkan setiap kali diwawancara di media akhir-akhir ini, kata-katanya turut sama diselit ingatan dan puji-pujian buatNya.

“’hebat..sekejap saja klu Allah nk bg rezeki yg melimpah ruah pd hambanyaaaa’, ‘suatu ketika dulu aliff kita kenal, now jauh beza.. masyaAllah.. hidayah milik Allah’, ‘Kerana itu di syurga kelak ramai nya pendOsa….. Kerana taubat mereka… Dunia ini tiada nilai…’, itu antara komen netizen.

Sang empunya diri pun antara lain pernah berkongsi apa dirasakannya dan ada betul juga katanya, “nak tunggu hidayah memang susah…jadi kita sendiri cari hidayah…”. Nampaknya Aliff sememangnya berusaha membuktikannya.

Semua insanpun sebenarnya tidak tahu akan bagaimana pengakhiran hidup kita nanti. Apa pun didoakan moga Aliff dan kita semua istiqomah untuk terus berbuat kebaikan sebelum kembali kepada Yang Maha Esa.

Tak hairanlah jua kemenangan berpihak kepada Aliff kali ini. Selain persembahan mantap Aliff dalam siri-siri GV sebelum penutup program itu, sudah pastinya ada keberkatan jika kita rancak melakukan kebaikan dan mengingati diri untuk mendirikan solat tak kira walau di mana kita berada…

Sumber : Ig Astro Gempak

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!