“Mana nak cari anak sambut bapak crowd surfing wehhh” – Catriona Ross

Kehebatan legenda penyanyi R0ck yang pernah menjadi fenonema suatu ketika dahulu tak kurang hebatnya dengan sekarang. Lagu Isabella pernah menjadi hits sehingga meniti di bibir setiap orang di dunia yang memang sudah tahu dengan kehebatan lagu ini yang dibawakan oleh kumpulan Search. Sejak lagu Isabella mula dikeluarkan lah nama kumpulan Search mula dikenali ramai bukan sahaja dalam negara malah di luar negara.

Kumpulan legenda R0ck ini sekali lagi telah mencipta sejarah dengan mengadakan konsert gilang-gemilang yang digelar sebagai konsert Endemik Search. Bukan sahaja peminat, artis juga ramai yang turut hadir ke konsert tersebut. Antara mereka yang hadir termasuklah Awal Ashaari, Dynas Mokhtar dan ramai lagi.

Mula menceburi bidang hiburan tempatan sejak tahun 1977 lagi, kehebatan kumpulan rock ini memang tidak perlu dipersoalkan lagi. Bukan sahaja hebat membawakan lagu dalam kaset malah konsert secara langsung juga telah membuktikan bahawa mereka sememangnya sebuah kumpulan legenda.

Selain peminat dan rakan artis, konsert tersebut turut dihadiri oleh puteri tercinta dari Amy Search iaitu Nabila Huda yang menjadi salah satu dari mereka yang sangat teruja melihat ayahnya itu beraksi di atas pentas hebat.

Video yang telah dikongsikan oleh Nabila di ruang Instagramnya itu telah mendapat perhatian ramai. Ini kerana ramai mereka yang teruja melihat Nabila iaitu anak kepada Amy sendiri yang telah menyambut ayahnya setelah lompat dari pentas bersama penonton lain.

Keterujaan besar dapat dilihat dari wajah Nabilah sendiri yang sangat gembira dan senang kerana dapat merasai sendiri peluang memegang ayahnya bersama-sama peminat lain yang teruja dengan keadaan itu.

Video tersebut juga telah dikomen oleh ramai rakan artis lain seperti Noh Salleh, Catriona Ross, Bl4ck dan ramai lagi yang kagum dengan persembahan dari Amy Search melalui video yang dikongsi oleh Nabila itu.

Memang hebat dan bertenaga persembahan dari kumpulan Search untuk konsert Endemik kali ini. Ramai yang meminta konsert Search seterusnya diadakan di dewan yang lebih besar daripada yang sebelumnya agar lebih ramai peminat dapat hadir melihat kehebatan kumpulan legenda ini.

Sumber: Instagram Nabila Huda

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!