“Semoga sehat terus sayang” – Netizen

Pasangan YouTubers terkenal iaitu Maryam dan Ryzal Ibrahim dengan akaun YouTube Durian Kimchi telah dikurniakan dengan kehadiran cahaya mata semenjak dari empat hari yang lalu lagi. Maryam yang baru sahaja selamat melahirkan cahaya mata yang sangat comel beberapa hari yang lalu kini sedang berpantang di tempat kediamannya bersama dengan suaminya, Ryzal Ibrahim.

Normal bagi ibu yang baru sahaja melahirkan anak, sudah pasti kehadiran suami disisi sangat-sangat penting kerana badan ibu yang baru sahaja bersalin masih dalam keadaan yang lemah dan belum stabil. Selain itu, faktor lain seperti emosi isteri juga patut diambil kira.

Kadang-kadang perubahan hrm0n dalam badan boleh menyebabkan emosi isteri sedikit terganggu. Sama seperti yang dirasai oleh Maryam ketika suaminya Ryzal terpaksa mngalkannya buat seketika kerana ada perkara yang hendak diselesaikan di luar.

Lagipun, cahaya mata yang baru berusia 4 hari ini merupakan anak pertama bagi pasangan suami isteri terkenal YouTubers tersebut. Sudah tentu Maryam berasa sedikit gelisah dan risau apabila ditinggalkan sendirian oleh suami walaupun di tempat kediaman sendiri.

Menerusi foto perkongsian Maryam yang dimuatnaik dalam akaun Instagramnya pada satu hari yang lalu, Maryam yang sedang menjaga bayi mereka kelihatan amat keberatan sekali ketika ditinggalkan oleh Ryzal walaupun hanya untuk sementara waktu sahaja.

Dalam ruangan caption posting Maryam ini, apabila Ryzal bertanya mengenai apa-apa yang mungkin Maryam perluukan, Maryam menjawab dia hanya mahukan agar Ryzal pulang dengan segera setelah selesai urusan di luar. “Janji lah janji,” sambung caption Maryam.

Video yang dikongsikan Maryam bersama-sama dengan foto tersebut pula jelas menampakkan reaksi Maryam yang sedang menunggu kepulangan Ryzal. Maryam merakam video tersebut di pantulan cermin sambil tangan kanannya erat mendukung bayinya yang masih kecil.

Posting Maryam ini berjaya meraih sebanyak 124,545 likes dan 353 komen. Masing-masing mendoakan kesihatan Maryam dan bayi. Ada juga netizen yang sempat memberikan sedikit tips buat Maryam semasa sedang menjaga bayinya.

Lebat sungguh rambut anak Maryam dan Ryzal ni kan. Sudah tentu anak mereka akan mewarisi rupas paras Maryam yang jelita dengan mata yang sepet. Apa-apapun, semoga Maryam dan baby sentiasa berada dalam keadaan yang baik dan sihat.

Sumber: Instagram Maryam

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!