“Bestnya, suami kita xde doa mcm tu pun” – Shiela Rusly

Tanggal 20 Februari yang lalu telah menjadi tarikh keramat buat pengacara dan pelakon Zulin Aziz apabila hanya dengan sekali lafaz, beliau akhirnya telah sah bergelar isteri kepada rakan kongsi perniagaannya sendiri iaitu Farhan Norzaini. Pasangan itu mengadakan majlis akad nikah di Msjid Negara. Mjlis akad nikah pasangan sama cantik sama pada itu telahpun berlangsung mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telahpun ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Jabatan Agama Islam Kuala Lumpur (JAWI).

Zulin dan pasangannya itu diijabkabul dengan berwalikan abang kandung kepada pengantin perempuan iaitu Shah Rezza Abdul Aziz dan mereka berdua dinikahkan oleh Imam Besar Msjid Negara iaitu Ustaz Ehsan Mohd Hosni.

Zulin Aziz atau nama sebenar beliau Farah Azleenda Abdul Aziz telah menerima wang hantaran sebanyak RM30,000 serta mas kahwin berjumlah RM80. Paasangan ini saling berbalas dulang hantaran di mana lima dulang hantaran pihak lelaki berbalas tujuh dulang daripada pihak pengantin perempuan.

Ramai yang mengetahui kisah mengenai Zulin yang tidak jadi berkahwin sebelum ini. Namun begitu, kehadiran suaminya sejak dua tahun lalu dalam kehidupan beliau bagaikan magis yang di rasakan seperti kata pepatah selepas hujan akan turunnya pelangi.

Suaminya itu melamar Zulin ketika mereka berdua mengerjakan umrah tahun lalu di Madinah. Zulin menyifatkan kesungguhan dan keluhuran hati Farhan yang membuatkan dirinya tertawan.

Sikap bertanggungjawab dan pandai mengambil hati keluarga yang di miliki oleh suaminya itu juga antara faktor beliau menerima lelaki tersebut sebagai suami.

Menurut Zulin lagi, beliau selesa bersama Farhan dan boleh meluahkan apa sahaja. Mereka berdua juga tiada rahsia dan Farhan menerima dirinya seadanya sejak zaman berisi dan berjaya menurunkan berat badan.

Perkenalan yang bermula daripada hubungan persahabatan itu akhirnya kini menjadi hubungan yang halal. Ibu Farhan juga menjadi antara punca mereka berdua di pertemukan.

Sementara itu, Farhan atau nama penuh, Mohd Farhan Norzaini melihat Zulin pula sebagai wanita yang berhati tulus dan ikhlas serta pandai mengambil hati keluarganya.

Menerusi perkongsian terbaru di Instagram, Zulin telah berkongsi video beliau sedang memasak resepi kari daging. Menurut Zulin, masakan berkenaan adalah makanan kegemaran suaminya.

Dedah Zulin lagi, setiap kali beliau memasak makanan kegemaran suami, pasti suaminya akan mendoakan beliau di kurniakan syurga sambil tersenyum menambah lauk. Beliau juga mengharapkan doa yang sama daripada suaminya untuk juadah kali ini pula.

Perkongsian Zulin itu membuatkan rata- rata rakan artis dan juga peminat turut mendoakan yang sama buat Zulin. Mereka juga memuji masakan Zulin yang kelihatan sangat sedap sekali.

Menarik perhatian para peminat juga apabila komen yang di tulis oleh pelakon Sheila Rusly yang ingin mengusik Zulin dengan berkata bahawa suami pula belum mendoakan seperti mana suami Zulin meskipun Shiela sudah memasak selama 27 tahun buat suaminya itu.

Sebelum ini, Zulin pernah berkongsi mengenai perancangan keluarga beliau dan suami. Menurut Zulin, pada awalnya suaminya itu mengidam untuk mendapatkan anak kembar. Bagaimanapun suami Zulin kemudiannnya ingin menambah kepada 4 orang anak.

Para  peminat mendoakan agar pasangan tersebut akan segera di kurniakan zuriat. Tidak kurang juga para netizen yang tidak lokek berkongsi petua untuk mendapatkan anak kembar dan mendoakan kebahagiaan pasangan ini.

Ramai yang makan hati melihat kebahagiaan yang di kecapi oleh Zulin namun masih mendoakan supaya hubungan rumahtangga Zulin dan suaminya itu sentiasa bahagia dan berkekalan. Berikut di kongsikan komen – komen yang di tulis untuk Zulin.

“Tu la kan. Bila kita hadapi dugaan Allah dgn penuh redha dan sabar. Dia gantikan kita dengan hikmah yang sangat baikkkk moga bahagia hingga syurga kak zulin” – Netizen

“Seronoknya dpt doa dari suami kan Zulin. Terus bersemangat nak masak makanan feveret dia selalu…” – Netizen

“Ya Allah.. seronoknya dapat doa dari suami..bertuahnya sis. Semoga Allah kurniakan RahmatNya kpd sis, suami dan ahli keluarga.. aammiinn “ – Netizen

Ramai yang meluahkan rasa beruntungnya Zulin kerana mendapat doa yang cukup baik dan murni daripada seorang suami. Mereka juga mendoakan kebahagiaan Zulin bersama suami supaya kekal berterusan sampai bila-bila. InsyaAllah.

Sumber: ig zulin aziz.

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!