“Ni dah macam Nirwana Bangsar, looks great” – Alif Satar

Kata orang hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Lebih baik di negeri sendiri. Siapa yang tak rindu dengan masakan di negara sendiri bila berada di luar negara. Ada yang ingat bila seseorang itu sudah lama men1nggalkan negara, deria anak tekak pun boleh berubah dan tak ingat dah masakan di sini. Begitupun ia tidak bagi penyanyi antarabangsa, Yuna ini.

Lihatlah perkongsian Yuna di Instagram nya ini, walaupun berada di luar negara, dia tidak melupakan makanan kegemarannya di Malaysia. Jangan tak tahu, dia rupanya peminat makanan India Malaysia yang makan guna daun pisang tu…

Bukan kaleng-kaleng minatnya terhadap masakan ni ya. Yalah… mahunya tidak, bukan semua orang Melayu mampu masak masakan India Malaysia ini walaupun tinggal di negara yang sama. Tapi wanita berasal dari Alor Setar Kedah ini berjaya membuktikannya hingga ramai kagum.

Menariknya, kata Yuna ketika pulang ke Malaysia, dia akan menikmat1 makanan nasi daun pisang India Malaysia itu sepenuh hati. Sebelum ini dia sentiasa mahu mencuba memasak hidangan itu di Los Angelas, Amerika di kediamannya.

Bagaimanapun di situ Yuna sentiasa merasakan ia adalah mustahil. Tapi nekad hujung minggu ini Yuna dan suaminya akhirnya gigih pergi ke beberapa kedai runcit Asia di Los Angeles untuk mendapatkan bahan-bahan berkenaan.

Kongsinya, akhirnya berjaya juga dia dan suaminya, pengarah video, Adam Sinclair membuat rasam, raita, papadam.. Terharu dia bila dapat memesan daun pisang. Mereka juga buat calamari iaitu sotong goreng dan ayam goreng  dengan rempah India.

Merasakan usaha mereka satu kejayaan, kongsi Yuna hasil masakan mereka sangat baik hinggakan dia rasa macam mahu menangis. Huh… betul-betul teruja Yuna ni. Rasanya orang lain jika di tempatnya pun akan ada rasa sama.

Yuna membuktikan bukan hanya bijak dalam seni, dia dan Adam juga berbakat dalam masakan. Terus Yuna meluahkan rasa sayang pada suaminya itu dengan menyifatkan Adam tukang masak yang hebat.

Jujur sahaja, Yuna di kapsyen hantarannya mengakui tidak begitu kerap memasak kerana jarang ada masa. Kadang katanya, ramai yang mengejeknya mengatakan Yuna hanya tahu membuat tiga perkara. Apakah???

Bagaimanapun kata Yuna sentiasa teruja untuk memasak. Lain macam pula keterujaan Yuna kali ni ya, macam orang mengidam pulak. Apa-apa pun moga yang baik-baik untuk Yuna. Cayalah… tetap rindu masakan Malaysia.

Sumber : IG Yuna

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!