“Diorg ni kalau kawin let0p, xde sape berani kut0k DSV dah”- Netizen

Nama usahawan Dato Seri Vida sudah tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat. Beliau mula dikenali setelah menjadi penaja pertandingan nyanyian Gegarvaganza selama beberapa musim. Sikap beliau yang penuh dengan gelagat tersendiri berjaya mencuri perhatian orang ramai untuk mengenali dirinya dengan lebih dekat. Usahawan tersebut mempunyai gaya yang cukup unik dan tersendiri untuk mempromosikan produk beliau.

Turut mengikuti jejak langkahnya ialah anak perempuan beliau iaitu Cik B, yang juga kian aktif dalam berniaga. Cik B juga pandai membawa diri apabila kini berdikari mengembangkan kerjaya dengan membuat penampilan sulung sebagai pelakon menerusi drama Lelaki Lingkungan Cinta serta mengeluarkan lagu single pertamanya yang berjudul Tolonglah Aku.

Sudah agak lama rasanya sejak Dato Vida bergelar ibu tunggal. Dato Vida sebelum ini berpisah dengan suaminya Fairuz Ahmad Zainuddin sekitar tahun 2017 setelah tidak lagi menjadi penaja program hiburan popular Gegarvaganza.

Dalam kenyataan ringkas beliau kepada media ketika ditanya mengenai punca perc3raian, Dato Vida hanya menjawab bahawa beliau dan suami tidak lagi mempunyai persefahaman.

Perc3raian yang berlaku sekitar tahun 2017 itu merupakan perc3raian ketiga beliau dan setelah hampir 4 tahun mungkin Dato Vida sudah mula terfikir untuk mencari peneman hidup kerana anak-anak sudah semakin membesar.

Memuatnaik video terbaru di Instagram, menurut Dato Vida, hari ini beliau menerima kunjungan pengarah, penyanyi dan pelakon Michael Ang ke rumahnya. Kata Dato Vida lagi, Michael Ang yang beliau anggap sebagai sahabat baiknya itu sanggup datang dari jauh semata- mata untuk berg0sip dengan beliau.

Menerusi perkongsian video, kelihatan Michael Ang dan Dato Vida kedua- duanya sedang rancak bercerita dan menjamu selera. Dato Vida dan Michael Ang juga dilihat amat serasi malahan nampak selesa di antara satu sama lain.

Menariknya lagi, para peminat memenuhi ruangan komen dengan doa dan harapan mereka supaya Dato Vida berjodohan dengan Michael Ang pula.

Sebelum ini Dato Vida sudah beberapa kali gagal dalam kehidupan rumahtangga. Malahan yang terbaru perhubungan beliau bersama bekas PA iaitu Iqbal tidak kesampaian apabila anak- anak Dato Vida iaitu Cik B dan Kacak tidak merestui hubungan berkenaan.

Menjengah ke ruangan komen, rata- rata netizen berkata mereka melihat Dato Vida sangat sepadan dengan Michael Ang.

Para peminat juga menyokong sekiranya mereka berdua berjodohan di antara satu sama lain. Berikut di kongsikan komen- komen peminat buat Dato Vida dan Michael Ang.

“Dato ni sebenarnya dia baik.cuma bila dia nak berniaga dia ade cara dia sendiri untuk lakukan barang dia…dia jadi over excited time jual barang dia….tu kadang nampak.mcm over padahal kalau tidak menjual dia biasa je pada saya lah walaupun saya tidak mengenali beliau secara dekat” – Netizen

Ramai yang merestui sekiranya Dato Vida dan Michael Ang berjodohan. Siapa kita untuk menidakkan takdir. Jika ada jodoh tidak kemana tetapi apa pula kata anak- anak Dato Vida iaitu Cik B dan Kacak pula. Jika anak- anak Dato Vida pun boleh menerima Michael Ang apa salahnya kan.

Sumber: ig dato vida

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!