“Da elok dia nyanyi, jgn la kco kak pah nyanyi” – Bell Ngasri

Mereka yang telah pergi men1nggalkan kita di dunia ini memang takkan kembali. Hanya kenangan yang ditinggalkan jadi memori untuk diingati bersama. Kadang walau tak sama, bila ternampak pelanduk dua serupa pun sekurang-kurangnya sudah mampu jadi pengubat rindu. Barangkali itulah yang dirasakan peminat kepada biduanita negara Allahyarhamah Datuk Sharifah Aini ini. Sebak pulak membaca luahan peminatnya di ruangan komen hantaran selebriti Didie Elias ini.

Menjengah ke video perkongsian pelakon itu, terlihat seseorang yang kelihatan saling tak tumpah seperti Arwh Sharifah Aini. Dengan gaya, mimik muka, cara berpakaian dan senyumannya, kata orang memang sebijik Sharifah Aini.

Hendak pula sambil miming mendendangkan lagu Arwh itu, pasti ramai peminat yang teruja melihat aksi wanita tersebut dan leka menyaksikan ‘kesamaannya’. Begitu, baharu tak sampai setengah lagu, penulis sendiri sedang asyik menonton rasa ‘terganggu’ dengan kemunculan Didi.

Gamaknya perasaan sama juga pada pelakon, Bell Ngasri hingga dia mencoret di ruangan komen; “Da elok dia nyanyi. Jgn la kco kak pah nyanyi”. Tu kan… dah tentu Bell pun melihat wanita berpakaian serba hitam itu seperti Arwh Sharifah Aini, atau mesra semasa hayatnya digelar Kak Pah.

“Rindu kat allayarhamah biduanita negara. alfatihah buat Datuk Sharifah Aini.”, “masyaallah.. sebijik mcm 4rwah kak pah.. auto teringat kt 4rwah..”, “Rindu pulak pada kak pah (datuk sharifah aini) al Fatihah… smoga beliau ditemptkan dalam kalangan org beriman ameen..”, “tak kn ada pengganti Arwh kak pah”.

Itu antara komen netizen. Yang pastinya tak kurang yang perasan Didi pada mulanya cuba menyanyi dan menari bersama ‘Kak Pah’ kemudiannya menunjukkan mimik muka risau dan ‘kecut’. Yalah… sudah tentu perasaan bercampur baur.

Pastinya Didi mengenali ‘Kak Pah’ itu, begitupun hanya menunjukkan lakonan perasaannya. Andai kita di tempatnya, tiba-tiba berjumpa seseorang yang ‘sudah pergi’ pun akan mempunyai pelbagai rasa bila berada di sebelah kan…

Apa pun ramai juga yang tertanya-tanya siapakah gerangan individu tersebut yang mempunyai wajah dan gaya seiras ‘Arwh. Cuma taahi lalat sahaja yang ada pada Arwh Kak Pah dahulu tak kelihatan pada ‘Kak Pah’ yang ini.

Daripada perkongsian netizen, difahamkan ‘Kak Pah’ berkenaan ditemui dalam sebuah majlis. Biarpun ramai yang bertanya, nampaknya tak pula Didi membalas di ruangan komen akan siapakah individu tersebut.

Akhir-akhir ini ramai pula yang seseorang yang muncul dengan wajah mirip 4rtis yang telah menemui penciptaNya. Baru-baru ini, seorang wanita seakan wajah 4rwah penyanyi, Siti Sarah Raisuddin juga tular di media social apabila rupanya dikongsikan ahli keluarga 4rwah Sarah.

Sumber : IG Didi Elias

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!