“Makanan paling murah Rm1.50 jer”- Dato Aliff Syukri

Negara Indonesia popular dengan makanan yang sedap dan murah. Jika anda pernah melawat negara Indonesia, pasti tahu makanan yang popular di sana terutamanya bakso. Di mana-mana pasti ada bakso yang murah. Bukan setakat makanan sahaja, pemandangan alam semulajadi pun cantik dan menenangkan. Memang indah ciptaan Allah di bumi Indonesia.

Selebriti usahawan iaitu Datuk Aliff Syukri dilihat sedang bercuti di Indonesia bersama isteri tercinta. Sepanjang berada di Indonesia, Aliff Syukri sempat berkongsi video dan gambar menerusi Instagram Story.

Aliff Syukri bersama pekerja mengambil peluang berjalan-jalan di Bandung sambil menikmaati makanan murah di sana. Siapa sangka, di Indonesia masih ada lagi makanan berharga cuma RM1.50 semangkuk.

Jika di Malaysia, jaranglah nak dapat makanan berharga rm1.50. Kan? Sesiapa yang belum pergi Indonesia, boleh lah merasai makanan sedap dan murah di sana.

Posting video oleh Aliff Syukri pada asalnya hanya untuk mempromosikan produk keluaran syarikat beliau. Alamg-alang tu beliau berkongsi pengalamannya merasai makanan berharga rm1.50 di Indonesia.

https://www.instagram.com/p/CgW33v1Ahwg/

Selain berkongsi video berkenaan, Beliau ada juga berkongsi video perjalanannya bersama isteri ke Indonesia.

Seronok pula tengok Aliff Syukri bercuti di sana. Tengok beliau makan di tepi jalan, memang steady habis.

Sementara itu, video yang dikongsi Aliff telah mencapai 341,000 tontonan dan menerima pelbagai reaksi daripada netizen di ruangan komen.

Ada juga sebahagian netizen mendoakan buat peniaga yang menjual makanan murah tersebut. Bukan mudah untuk melihat peniaga menjual makanan pada kadar harga yang terlalu murah kan..

Semoga murah rezeki buat peniaga yang sentiasa bagi harga murah dekat pelanggan. Jarang nak jumpa peniaga macam tu sekarang..

Sumber: Instagram aliffsyukriterlajaklaris

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!