“Perghh menangis Man Kidal tengok abang main gitar” – Netizen

Roy Azman memang terkenal dalam kalangan peminat disebabkan oleh sikapnya yang gemar membuat lawak. Pasti ada sahaja gelagat lucu Roy yang dikongsikan kepada para peminat dan followers Instagramnya. Makin-makin lagi apabila Roy berjumpa dengan selebriti yang satu kepala dengannya. Alahai, memang tak kering gusi melihat kelucuan mereka. Jika dahulu Roy pernah mengongsikan video lucunya bersama dengan Amyza Aznan, kali ini gilirannya dengan Dato Awie pula.

Perangai Dato Awie dan Roy benar-benar seperti apa sering dikatakan oleh netizen iaitu ‘masuk air’. Macam baru-baru ini, Roy ada mengongsikan satu lagi video dia bersama-sama dengan Dato Awie sedang berada dalam kumpulan band.

Konon-kononnya, Dato Awie sebagai vokalis manakala Roy sebagai pemain gitar. Siap dengan aksi mengalahkan pemain gitar terkenal Santana lagi Roy di sini. Dashyat sungguh. Dato Awie pula memang tidak hairanlah kerana beliau sememangnya seorang penyanyi veteran di Malaysia.

Kalau diimbas kembali lakonan Dato Awie dan Roy dalam satu wayang yang bertajuk ‘Pemburu bayang’, hubungan mereka dalam wayang tersebut tidaklah begitu baik malahan selalu bergduh. Disebabkan babak lakonan inilah ada netizen yang mengusik aksi lucu mereka dalam video ini.

“Dulu-dulu gduh atas motor, sekarang dah jadi bandmates,” ujar salah satu rakan artis Roy dalam akaun Instagramnya. Kan watak Roy dulu sangat bengis sehinggakan siap bagi amaran dekat Awie. Tapi dalam realiti, dua artis ini sebenarnya rapat dan dua-dua pun mempunyai perangai gila-gila.

https://www.instagram.com/p/CVQXnBKBz8l/?utm_source=ig_web_copy_link

Lihat sahaja kepada aksi Roy yang kononnya sedang bermain gitar dengan penuh gaya. Tapi tak tahulah jikalau Roy hanya menang gaya sahaja ataupun memang pandai bermain gitar. Sambil memakai topi, gaya Roy tidak ubah seperti seorang remaja.

Walaupun baru 21 jam yang lalu video tersebut dikongsikan menerusi akaun Instagram milik Roy, namun ianya sudah berjaya mendapat sebanyak 34,958 tontonan dan 155 komen daripada para followers Roy. Rata-rata netizen terhibur dengan aksi Dato Awie dan Roy.

Sementara itu, ada juga netizen yang sempat mengusik telatah Roy yang menghiburkan ini.

“Betol ke main nye tu hahahaha ke gimik jerr abang Roy, sape cap merah tu? Hampir tak kenal. Nampak muda benor”

Memang banyak sangat peminat abang Roy ni kan. Masakan tidak, kebanyakan posting Roy semuanya lucu-lucu belaka. Sebab tu lah Roy ni kelihatan awet muda je kan. Hehehe..

Sumber: Instagram Roy Azman

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!