“Si kecik tu mcm tgh gosok gigi je”- Netizen

Selalu saja kita melihat anak-beranak artis memuat naik video ragam mereka sekeluarga di sosial media. Comel je tengok mereka semua. Melayan je karenah orang tua mereka tu, disuruh join trend itu dan ini, segera diturutinya. Walaupun kekok dan tidak mahir, tapi cuba juga demi sebuah content bagi menghiburkan semua.

Begitu juga dengan trend-trend yang selalu saja ada di Tiktok atau media sosial yang lain. Tiap kali ada nya trend yang viral, pasti satu dunia akan join trend tersebut, tidak kiralah tua atau muda, bermacam-macam peringkat umur yang join trend tersebut. Satu dunia tau, bukan satu Malaysia je.

Faezah Elai dan keluarganya juga turut sama join trend viral iaitu trend lagu “Se A Cabo”. Amboi, bukan main ye family ni. Pandai ke diorang menari ? Video yang dimuat naik oleh nya itu sememangnya sangat lucu dengan caption yang berbunyi “Setelah try 888 kali,video ni yang paling jadi,,yg har4m.

Mana taknya, walaupun step yang harus dilakukan hanya menggerakkan kepala dan tangan, tapi lain pula jadinya apabila puteri kecil nya seolah-olah ingin menggosok gigi bak kata netizen. Lucu betul tau tengok aksi diorang ni. Sebab tulah banyak kali record bak kata Faezah Elai.

Kebiasaan orang-orang buat akan nampak g4ngster, tapi bila Aurora buat, nampak macam sedang gosok gigi pula. Aik, dia lupa gosok gigi ke pagi tadi? Agaknya Aurora fikir step nya seolah-olah menggosok gigi kot. Takpalah, asalkan jadi.

Kalau anda nak tahu, anak-anak Faezah ini semua nya comel-comel belaka. Macam gaya mat saleh pun ada, ada juga yang kata mereka seperti penyanyi popular Lisa Manoban.Kelmarin Faezah ada memuat naik video puteri comelnya itu.

Haa, bagi peminat k-pop pasti anda perasan kan apa yang sama. Tak kisahla gaya siapa, yang penting mereka memang cun melecun. Gaya muka mak dia lah, yang lawa semula jadi. Tak perlu melaram, sebab memang auto lawa.

Antara komen netizen ialah “Halah halah penumb0k yang tepi kanan tu”, “Yg kecik tu” dan sebagainya. Kan dah kata, si comel tu buat terus jadi auto lucu. Yang lain punyalah serius, dapat ke si kecil t uterus auto comel.

Tak sabar nak tengok rakan artis yang lain turut join trend viral bersama ahli keluarga mereka. Nak tengok gelagat mereka semua. Pasti comel kan. Tapi, harus juga beringat supaya trend-trend yang tak elok tu, jangalah join juga, bukanlah bermaksud semua yang viral tu kena ikut. Betul tak ?

Sumber : Ig Faezahelai

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!