“Hati2 Dato, takut tersalah usap”- Netizen

Dua usahawan popular, Dato Seri Vida dan Shuib antara yang menjadi tumpuan ramaj netizen di laman sosial media. Setiap kali mereka berkongsi posting di Instagram mahupun Tiktok, pasti ramai netizen yang memenuhi ruangan komen dan menonton video-video mereka. Siapa sangka, Vida dan Shuib memiliki hubungan persahabatan yang baik memandangkan kedua-duanya dalam bidang perniagaan.

Sememangnya ramai mengetahui Vida antara ibu yang sangat penyayang dan lemah lembut dengan anak-anaknya. Di sebalik sikap beliau yang ‘giila2’, ternyata beliau juga sangat menyayangi anak-anak Shuib seperti anaknya sendiri.

Buktinya, Vida berkongsi video yang menunjukkan beliau meluangkan masa bersama Shuib dan anak-anaknya.

Menerusi kapsyen Vida, beliau menyatakan hubungannya cukup akrab dengan anak-anak Shuib iaitu Uwais, Talitha dan Mat1n. Vida turut menzahirkan ucapan terima kasih buat Shuib kerana memberi peluang buat Vida untuk menumpang kasih dengan anak-anak Shuib.

Vida juga memberitahu, Shuib datang ke Ipoh membawa anak-anak berjumpa dengan beliau. Nampak vida sungguh penyayang terhadap Uwais, Talitha dan Mat1n.

Video Vida yang dimuatnaik di Instagram itu telah menerima komen-komen positif daripada netizen dan rata-rata netizen tersentuh hati melihat kelembutan Vida melayan anak-anak Shuib.

Sementara itu, video tersebut juga telah menerima 144,000 tontonan dan 8,000 tanda suka.

Melihat hubungan Vida dan Shuib, mereka sememangnya nampak serasi bersama. Anak-anak Shuib pun rapat dengan Vida, dapat menumpang kasih seorang i u daripada Vida.

Ada juga sebahagian netizen mengusik Vida agar berjodogan dengan Shuib. Kalau dah jodoh apa salahnya kan?

Suka betul tengok Dato Vida, penyayang dan betul-betul nampak kasih seorang ibu terhadap anak-anak.

Sumber: Instagram datoserivida

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!