“Makan pun nampak gaarang” – Netizen

Setiap orang yang dilahirkan di dunia ini diciptakan mempunyai berbagai rupa wajah. Ada yang manis wajahnya, ada yang cantik juga ada yang kelihatan garang. Tetapi itu semua adalah perwatakan yang boleh dilihat dari luar sahaja, apa yang paling penting adalah perwatakan dari dalam. Jika cantik dari dalam hati, maka kecantikan itu juga akan terpancar ke luar.

Mendapat gelaran nama sebagai ratu gelek dan dangdut Malaysia, nama penyanyi ini sudah dikenali bukan sahaja dalam negara tetapi juga dari luar negara. Tidak ramai yang tahu, Mas Idayu sebenarnya telah mula mengembangkan bakat nyanyiannya sejak dari kecil lagi. Anak kelahiran Johor ini juga pernah merasa bersusah-payah bernyanyi di kelab sebelum mula dikenali ramai sebagai artis tanah air.

Walaupun dahulu Mas Idayu lebih dikenali dengan penampilan seeksinya, kini penyanyi dangdut popular ini telah mula berhijab penuh beberapa bulan yang lalu. Terharu dan senang dengan penampilan terkini, ramai peminat yang gembira dengan berita dan perubahan baik dari penyanyi lagu popular Cintaku 100% ini.

Pasti ramai yang sudah tahu dengan perwatakan dan sifat tegas dari Mas Idayu ini. Hasil didikan dan kayu rotan yang menjadi alat untuk mendidik Black Hanifah pada waktu dahulu, terbukti telah mampu menjadikan Black sebagai artis terkenal negara dan sekaligus menjadi juara pada waktu itu.

Bukan itu sahaja, negara pernah gemp4r dahulu apabila video dari Mas Idayu sewaktu menjadi juri dan pengkritik tetap dalam rancangan realiti Indonesia bertajuk D’Academy Asia.

Bait dialog yang diucapkan oleh Mas Idayu ketika memarahi Baby Shima yang menjadi perserta pada waktu itu masih terngiang-ngiang dalam fikiran netizen ketika melihat wajah Mas Idayu.

Video terbaru yang dimuatnaik oleh Mas Idayu di Instagramnya telah mendapat perhatian ramai kerana terpegun dengan kecantikannya yang semakin terserlah setelah berhijab.

Aksi Mas Idayu yang sedang sibuk makan nasi daun pisang di salah satu restoran di Damansara itu, telah ditegur oleh salah seorang netizen yang memerhatikan riak wajah dari Mas Idayu yang dikatakan terlihat gaarang.

Bukan itu sahaja, ada yang mengatakan bahawa kesan solekan yang dikenakan adalah penyebab kenapa raut wajahnya terlihat lebih garang daripada biasa.

Walaupun begitu, ramai peminat yang memuji serta meminta tips dari Mas Idayu tentang bagaimana dia mengekalkan bentuk badannya yang sentiasa ramping meskipun makan dengan jumlah yang agak banyak.

Muka garang tak penting, yang penting ramai yang tahu bahawa Mas Idayu mempunyai hati yang baik. Memang terliur betul tengok Mas Idayu makan nasi daun pisang. Berselera sangat sampai yang tengok pun jadi lapar. Ada bakat buat review makan sedap-sedap, mesti ramai yang mencuba nanti.

Sumber: Instagram Mas Idayu

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!