“Ayah cikb dan kacak dtg ipoh malam2, apa ptut sy buat” – DS Vida

Sejak akhir-akhir ini, nama Dato Seri Vida menjadi sebutan ramai di laman sosial media. Lebih-lebih lagi dengan pelbagai isu antara Dato Seri Vida bersama bekas pembantu peribadinya, Ahmad Iqbal Zulkifli. Namun di sebalik banyak dugaan yang menimpa Dato Seri Vida, anak-anak antara penguat semangat buat dirinya yang bergelar ibu tunggal ini.

Sekali lagi Dato Vida meluahkan perasaan secara umum di laman Instagram baru-baru ini apabila bekas suaminya menyatakan hasrat utk berjumpa dengan Cik B dan Kacak. Namun mereka belum bersedia untuk bertemu dengan bapa kandung mereka sendiri seperti yang diberitahu Dato Vida.

Sebelum ini, kisah perit yang dialami Cik B dan Kacak ketika membesar bersama bapa kandungnya pada waktu kecil dahulu masih terpahat di ingatan mereka.

Disebabkan itulah, Cik B dan Kacak masih tidak bersedia untuk bertemu dengan bapa mereka meskipun peristiwa pahit itu sudah lama berlalu.

Sementara itu, posting dato Vida menerima pelbagai pendapat daripada netizen. Ramai netizen memberi pendapat masing-masing di ruangan komen dan menasihati Cik B serta Kacak supaya membuang eg0 menerima bapa mereka semula.

Salah seorang penyanyi iaitu Nora Ariffin juga memberi komen pada posting dato Vida memberitahu “air dicincang sememangnya tidak akan puutus dan setiap kebaikan akan dibalas dengan kebaikan”.

Ada juga sebahagian netizen menegur Dato Vida supaya menjaga privasi dan berhenti melibatkan netizen dalam masalah keluarganya.

Dalam pada itu, posting Dato Vida telah menerima 26,000 tanda suka dan reaksi daripada netizen.

Kita doakan semoga yang baik-baik buat keluarga Dato Vida. Netizen janganlah keruhkan keadaan lgai ye..

Sumber: Instagram datoserivida

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!