“Dia punya rapat smpai ngis rindu nk jmpa daddy” – Farra Inalis

Mendirikan rumahtangga itu senang sahaja. Yang susahnya adalah dugaan di dalam rumahtangga. Setiap pasangan dalam setiap rumahtangga itu perlu ada rasa bertolak ansur dan ada rasa kasih sayang antara satu sama lain dan cari apakah kekuatan dalam sesuatu hubungan itu. Namun, ramai juga yang akan kecundang. Yang mana kecundang pasti tkut untuk menerima cinta untuk kali kedua.

Seperti juga isteri kepada Caprice yang pernah melalui kehidupan perkahwinan sebelum bertemu dengan Caprice. Beliau yang berusia 26 tahun itu mempunyai seorang anak perempuan dari perkahwinan sebelumnya.

Beliau sebagai ibu pasti mahukan yang terbaik untuk anaknya, Aleesya Sofea. Beliau juga mahu Aleesya selesa dengan sesiapa yang ibunya berjumpa.

Fara juga lebih mengenali anaknya yang sangat bijak dan peramah dan tidak Farra menyangka Aleesya dapat selesa dengan Caprice ketika awal perkenalan mereka dahulu.

Baru-baru ini, Farra berkongsi sebuah video keletah anaknya itu ketika di awal perkenalannya bersama Caprice. Dilihat anaknya meragam kerana mengajak ibunya berjumpa dengan Caprice.

Farra berkata bahawa selepas 6 bulan berkenalan, Aleesya mula memanggil Caprice “Daddy Caprice”. Beliau juga berkata beliau tidak menyangka akan berkahwin seawal inu kerana tidak mempercayai ada manusia lain yang mampu menyayangi anaknya seperti beliau menyayanginya.

Jadi ini lah sebab nombor 1 beliau bersetuju untuk berkahwin, adalah kerana Caprice seorang yang penyayang terhadap kanak-kanak terutama anaknya.

Seseorang anak itu sukar itu mencari keserasian dengan sesegelintir manusia. Namun tidak bagi Aleesya dan Caprice, mereka berdua nampak serasi dan menyayangi antara satu sama lain.

Mungkin pasti pada mulanya agak janggal untuk Aleesya, namun sangat menakjubkan kerana dalam masa 6 bulan perkenalan, Caprice bukan sahaja telah menawan hati Farra, malah anaknya Aleesya.

Dalam rumah tangga sememangnya perlu ada persefahaman dan persefahaman itu bukan hanya antara pasangan sahaja malah bersama anak-anak. Ianya penting kerana persefahaman itulah yang akan menguatkan lagi tali silaturahim antara keluarga.

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*