“Terserlah kasih syg daddy kat anak dara comeyy dia” – Netizen

Anak-anak adalah anugerah dr Illahi yang kita diamanahkan untuk disayangi dan dipelihara dengan sebaiknya. Ini termasuklah juga anak tiri kerana mereka juga anak kecil yang memerluukan kasih sayang dari ibu dan bapa malah sebenarnya mereka perluukan kasih sayang dengan lebih lagi. Ini kerana perpisahan yang terjadi di antara ibu bapa mereka membuatkan mereka rasa lebih sendirian.

Kita sudah ketahui bahawa seorang ‘influencer’ Malaysia iaitu Caprice telahpun menamatkan zaman bujangnya bersama wanita pilihannya baru-baru ini.

Kedua mempelai itu telah membuat majlis tertutup sahaja diantara keluarga mereka. Pasangannya yang dikenali sebagai Farra Analis itu yang berusia 26 tahun sudahpun punyai anak dari perkahwinannya sebelum ini.

Anak perempuan yang berusia 5 tahun itu dilihat sebagai anak yang manja dan ceria. Namanya, Aleesya Sofea sangat sesuai dengan karakter anak tersebut.

Baru-baru ini, Caprice mengongsikan sikap Aleesya yang sangat rapat dengannya. Mereka dilihat sangat serasi bersama dan mungkin sudah lama mempunyai ikatan keserasian itu sejak dari mula

Dilihat dari video tersebut, Aleesya menaiki bahu Caprice dan membelai kepala ayahnya itu. Kelihatan juga Aleesya tidak kekok membelai ayahnya itu dan terserlah senyuman gembira Aleesya bersama Caprice.

Keserasian antara anak dan ibu bapa baharu bukan senang untuk dikecapi. Namun, dilihat dari riak wajah Aleesya, beliau tampak selesa bersama Caprice seperti sudah mengenali lama ayahnya itu.

Dengan ini, kita boleh nampak bagaimana Caprice menunjukkan kasih sayangnya pada seorang anak walaupun bukan drah dging sendiri. Juga sangat terserlah sifat kebapaan yang ada pada Caprice dalam memberi perhatian penuh kepada Aleesya sehingga kanak-kanak itu sangat manja bersamanya.

Netizen juga memuji keserasian Caprice dan anaknya itu dan mengatakan sifat penyayang yang ada pada Caprice terhadap Aleesya terserlah sangat didalam laman ignya.

Sebagai seorang lelaki yang telah mengambil wanita yang bergelar ‘janda’, haruslah diingatkan mereka sudah memikul satu tanggungjawab yang besar dimana harus memelihara isteri dan anak-anak dari perkahwinan sebelumnya.

Sebagai suami, perlulah mereka menyayangi mengasihi dan mengajari perkara yang mengikuti syariah Islam supaya rumahtangga dan keluarga dipelihara dan dikasihi oleh Illahi.

Sumber : Ig Farra Inalis

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!