“Rasa lebih mirip mummy kot” – Netizen

Setiap orang yang menantikan cahaya mata lebih-lebih lagi jika diri sendiri atau isteri sudah pun mengandung, pasti menjadi perdebatan antara pasangan tentang kemiripan wajah si anak. Semuanya akan tetap menjadi teka-teki sehingga dapat melihat sendiri bagaimana tumbesaran anak itu. Ada yang kecil-kecil mirip ayah tetapi bila dah besar pula ikut muka ibu.

Siapa yang tak kenal lagi dengan pasangan serasi Yusry Abdul Halim dan Lisa Surihani ini. Mengaku diri mula meminati si suami dan menjadikan Yusry sebagai idolanya sewaktu zaman remaja, Lisa hingga kini masih tidak percaya bahawa anggota KRU yang pernah menjadi dambaannya dulu ternyata merupakan jodohnya.

Bukan hanya Lisa, rakan-rakan dan juga abang kandungnya sendiri turut meminati kumpulan KRU pada waktu dahulu sehingga mereka membeli kesemua kaset lagu KRU. Yusry yang dahulunya pernah berkahwin dengan aktres cantik Erra Fazira pada tahun 2003, mengambil masa lebih kurang 5 tahun sebelum mengambil keputusan untuk bertunang dan mengikat ikatan yang lebih serius bersama Lisa.

Lisa Surihani yang mempunyai dar4h kacukan Melayu, Cina dan Arab ini dahulunya sangat terkenal dengan lakonan hebatnya lebih-lebih lagi pada awal kenaikannya dalam filem I’m Not Single. Pasti ramai yang masih ingat lagi dengan lakonan hebat dari Lisa dan Farid Kamil sebagai hero pada tahun 2008 yang lalu.

Ikatan perkahwinan yang hampir mencecah 10 tahun ini telah memberikan sinar dan kebahagiaan tak terhingga buat pasangan Yusry dan Lisa apabila dikurniakan tiga orang cahaya mata yang cukup comel. Yahaira Leanne, Yusuf Leonne dan Yunos Laith adalah nama yang dipilih oleh pasangan ini buat anak-anak mereka.

Yusry telah memuatnaik satu gambar baharu di Instagramnya iaitu gambarnya sewaktu kecil. Tetapi gambar tersebut telah digabungkan bersama anak lelakinya yang kedua itu iaitu Yusuf Leonne dengan kapsyen “like father like son”.

Kapsyen dan gambar yang ditulis oleh Yusry itu bermaksud mengatakan kemiripan wajah anak lelakinya itu dengan wajahnya waktu dia masih kecil dahulu.

Tetapi apa yang menyedihkan, gambar dan kapsyen dari Yusry itu telah dicanggah oleh para netizen dengan mengatakan bahawa Yusuf Leonne tidak mirip langsung dengan wajah ayahnya tetapi lebih mirip kepada ibunya.

Para peminat dan netizen juga turut mengatakan bahawa wajah anak pertama mereka iaitu Yahaira Leanne lebih mirip dengan wajah Yusry berbanding dengan anak keduanya itu.

Cahaya mata ketiga milik pasangan ini iaitu Yunos Laith yang baru mencecah kira-kira lapan bulan ini lebih mirip siapa pula ya? Mesti ramai para peminat Yusry dan Lisa tidak sabar nak lihat Yunos Laith segera membesar. Semoga bayi Yunos Laith sentiasa sihat hendaknya.

Sumber: Instagram Yusry Abd Halim

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!