“Patutlah jtuh, tengoklah kasut tinggi mana tu” – Netizen

Tiada siapa yang dapat meramal perkara yang bakal terjadi dalam diri mahupun orang lain. Tidak kiralah dalam bentuk apa sekalipun, kita sebagai manusia hanya mampu merancang dan bukan menentukan. Kehidupan sebagai seorang artis juga terbukti banyak panca roba nya. Walaupun ada yang kata bahawa kerja sebagai seorang artis adalah mudah, tetapi jika sudah kena pada cabarannya pasti dapat melemahkan juga semangat untuk bekerja.

Malam ambang menantikan tahun baharu 2022 pasti menjadi detik bersejarah dalam hidup penyanyi cantik Nur Nabila Mohd Razali ini. Penyanyi yg merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda dalam Senibina di Universiti Sains Malaysia ini telah memulakan langkah awal sebagai seorang selebriti dengan menyertai pertandingan realiti.

Pengalamannya menjadi pemuzik jalanan telah memberi keberanian buat Nabila untuk terus berusaha bagi menggapai impiannya sebagai seorang penyanyi. Rancangan realiti menyanyi Akademi Fantasia musim ke 10 telah menjadi saksi apabila ramai yang tidak dapat menerima bakat dari Nabila pada mulanya dengan menyamakan suaranya seperti “chipmunk”.

Walau rezeki hanya pada tempat kelima dalam pertandingan tersebut, berkat usaha Nabila untuk terus berjaya kini dia telah membuktikan bahawa dirinya juga mampu bernyanyi dan duduk dalam kalangan artis professional tanah air yang terkenal.

Insiden yang tak disangka-sangka oleh para penonton dan Nabila sendiri telah terjadi pada malam akhir tahun 2021 sebelum membuka tirai tahun baharu. Menara Kuala Lumpur ini telah menjadi saksi kejadian memaluk4n juga lucu buat Nabila Razali apabila dia dengan tidak sengaja telah j4tuh di hadapan ratusan penonton pada waktu itu.

Foto terbaru yang dimuatnaik oleh Nabila pada malam kejadian telah meraih perhatian ramai netizen yang masih tidak lupa dengan insiden memaluk4n itu. Bukan gaya dan pakaian yang menjadi sorotan, tetapi kasut tumit tinggi yang dipakai oleh Nabila pada malam itu telah dikomen ramai orang.

Ramai yang memberi peringatan kepada Nabila untuk lebih berhati-hati selepas ini dalam pemilihan pakaian lebih-lebih lagi sewaktu melakukan persembahan. Kasut tumit tinggi yang dipakai pada malam itu dikatakan tidak sesuai kerana terlalu tinggi buatnya dan turut membah4yakan.

Kenangan yang bertukar tr4gedi sewaktu melangkah ke pentas utama ini pasti akan diingati oleh Nabila sampai bila-bila. Mujur tiada apa-apa kecederaan dilaporkan sewaktu kejadian j4tuh itu berlaku.

Syabas diucapkan buat Nabila kerana tidak menjadikan perkara itu sebagai sesuatu yang menj4tuhkan semangatnya malah lebih ceria.

Sumber: Instagram Nabila Razali

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!