“Haha tidur pun cantik”- Eina Azman

Tidur sangat penting untuk untuk menjalankan fungsi tubuh dan otak untuk memenuhi aktiviti harian kita. Malah ada juga sebahagian individu yang menjadikan tidur itu sebagai hobi. Tidak terkecuali, penyanyi dan pelakon Fatin Afeefa antara selebriti yang pernah tidur ketika berada di set penggambaran. Mungkin tidur pun salah satu hobi buat Fatin Afeefa kan?

Buktinya, Fatin sendiri berkongsi foto dirinya lena tidur meskipun di tempat yg umum. Beruntung Fatin yang sememangnya cantik, tidur pun nampak lawa je..

Menerusi foto yang dimuatnaik Fatin yang kelihatan jelas lena ketiduran itu telah menerima pujian daripada rakan artis dan netizen.

Ramai akui Fatin tetap maintain cantik walaupun tidur di khalayak umum. Malah penuh dengan keyakinan apabila berkongsi gambar dirinya yang tidur dengan mulut yang terbuka.

Sementara itu, Ibu kepada dua orang cahaya mata ini sehingga kini masih menjadi tumpuan peminatnya dan ramaj masih mengikuti perkembangannya di Instagram.

https://www.instagram.com/p/CYTg4Ail2dt/?utm_medium=copy_link

Dan masih tiada ura-ura tentang kisah percintaannya. Sebelum ini, Fatin pernah berkahwin dengan pelakon Juv4na iaitu Adam Shah dan berpisah pada tahun 2017.

Selain itu, foto Fatin telah menerima 29,000 tamda suka dan hampir 200 komen.

“Why lah tidur pun cantik, camner nak confident tidur kat public eh, Mana mana boleh tidor dia ni”- Netizen

sumber: Instagram fatinafeefa

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!