“Macam mana buat anak tido” – Maryam Younarae

Setiap ibu bapa pasti pernah merasa pahit manis pengalaman semasa membesarkan anak. Makin-makin lagi bagi pasangan suami isteri yang baru sahaja menimang cahaya mata yang pertama, sudah pasti ilmu serta pengalaman masih kurang. Kadang-kadang, mahu tidurkan anak atau mahu memujuk anak agar berhenti menaangis pun payah. Masih belum ada pengalaman kan, biasalah tu.

Seperti pasangan suami isteri terkenal Ryzal dan Maryam yang baru sahaja dikurniakan cahaya mata beberapa minggu yang lalu, kadang-kadang terasa kasihan juga melihat Maryam yg menjadi paanik dan risau apabila anak mula menaangis ataupun langsung tidak mahu melelapkan mata.

Walaupun Maryam berasa amat letih, namun dia masih tidak dapat tidur kerana mahu menjaga anaknya, Rina yang masih belum mengantuk. Banyak cabaran yang dilalui sewaktu menjaga anak yang pertama, bukan? Kadang-kadang, rasa macam nak minta pertolongan dengan ibu bapa pun ada.

Tapi tidak juga wajar. Oleh itu, hanya nasihat sahaja yang termampu untuk dituruti. Nasib baik Ryzal sentiasa ada disisi Maryam untuk membantu Maryam bagi menjaga bayi mereka yang baru berusia beberapa minggu. Nasib baiklah Ryzal ni jenis suami yang suka menolong isteri.

Kalau tak, memang kasihan Maryam berhadapan sendiri dengan cabaran sebagai ibu. Dalam video perkongsian Maryam, Ryzal akhirnya mengganti Maryam yang kelelahan menggendong Rina yang mana mata masih terbuka luas dan segar bugar.

“Macam mana nak buat anak tido?”ujar Maryam dalam ruangan caption video perkongsiannya itu. Ternyata Maryam sangat-sangat mengharapkan tunjuk ajar dari 1.2 million pengikut Instagramnya. Memang dah kebuntuan idea agaknya si Maryam ni.

Video perkongsian Maryam yang berdurasi lebih kurang 35 minit ini telah dimuatnaik semenjak 20 jam yang lalu lagi. Video ini setakat ini sudah mendapat sebanyak 110,578 tontonan dari pengikut Instagramnya dengan 367 komen.

Rata-rata netizen memberi sedikit nasihat buat Maryam bagaimana cara mahu menghadapi situasi yang Maryam sedang hadapi sekarang. Ramai juga yang menceritakan pengalaman mereka sewaktu berhadapan dengan situasi yang sama semasa masing-masing mempunyai anak kecil.

Jaangan cemas Maryam, lama kelamaan pasti Maryam akan dapat belajar cara-cara untuk membuatkan anak berasa mengantuk dan seterusnya terlelap. Buat masa sekarang, Maryam cuma biasakan diri sahaja sebagai ibu yang baru. Semoga berjaya Maryam dan juga Ryzal.

Sumber: Instagram Maryam

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!