“Lebatnya rambut baby Haider” – Netizen

Bagi kebanyakan bayi yang baru sahaja dilahirkan, mereka selalunya mempunyai rambut yang tebal dan hitam. Padahal bayi masih belum lagi pernah memakai apa-apa produk untuk menyihatkan rambut. Kadang-kadang, rambut bayi lebih lebat berbanding dengan rambut sesetengah orang dewasa. Mungkin disebabkan oleh pola pemakanan si ibu yang sihat dan seimbang, maka gaya pemakanan yang tersebut sedikit sebanyak mempengaaruhi kesuburan rambut sang bayi.

Seperti bayi lelaki Elly Mazlein ataupun lebih dikenali sebagai kak Lina, kepala Haider juga dipenuhi dengan rambut yang hitam serta subur. Dah sama seperti rambut ayahnya juga, dua-dua berwarna hitam lebat. Kalau tengok dari jauh, kepala Haider dah nampak seperti kepala ayahnya.

Namun, bukan itu yang menjadi alasan pertama mengapa para ibu sangat-sangat menyayangi bayi mereka. Kelebatan serta kehitaman rambut itu sedikitpun tidak tergolong dalam alasan untuk menyayangi si anak. Namun, disebabkan oleh hubungan yang dimiliki antara satu sama lain.

Baru satu hari yang lalu, kak Lina ada mengongsikan sebuah foto mengenai suaminya dan bayi kecil mereka yang sedang tidur bersama-sama di atas sebuah katil yang luas.

Walaupun sedang tidur, namun Azlan ataupun suami kak Linah ini tetap tidak melupakan tanggungjawab sebagai ayah yang baik. Walau mata Azlan sudah tertelap, namun Haider tetap digendong dengan rapi.

“Mencintaimu, seumur hidupku,” ujar kak Lina dalam ruangan caption foto perkongsiannya tersebut. Bantal Haider juga disulam dengan namanya.

Foto perkongsian kak Lina ini meraih sebanyak 22,482 sukaan beserta dengan 88 komen. Rata-rata netizen memohon agar keluarga kak Lina sentiasa berada dalam keadaan yang sihat.

Ramai juga netizen yang sempat lagi mengucapkan tahniah buat kak Lina yang baru sahaja selesai bersalin tidak lama sebelum ini.

Pandangan anda bagaimanapula? Lebat kan rmbut Haider. Dah macam kepala Azlan jika dilihat sekilas panjang. Apa-apapun, semoga membesar menjadi anak yang taat buat kedua bapa mereka, ya Haider.

Sumber: Instagram Elly Mazlein

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!