“Alisa macam Boo dalam cerita m0nster Inc”- Netizen

Bercerita tentang keluarga Hairul Azreen dan Hanis Zalikha ni, sudah ramai yang sedia maklum betapa bahagia dan comelnya mereka semua. Hairul, Hanis, Yusuf dan Alisa, semua comel-comel belaka, mummy dan daddy nya duk melayan saja karenah dan kehendak dua orang anak kesayangan nya itu. Tapi yang teruja dengan cara Hanis mendidik anak-anak nya itu.

Ramai juga yang bertanya tentang tips penjagaan dan rutin menjaga anaknya. Mana taknya, boleh dikatakan bahawa memang Keknis sendiri yang menjaga mereka sejak kecil lagi, banyak juga update mereka dari kecik hingga lah dewasa di akaun instagram Yusuf dan Alisa. Sedar tak sedar dah besar mereka berdua ni.

Baru-baru ini, mereka sekeluarga telah pergi bercuti di New Zealand. Katanya last minute plan. Amboi last minute punya plan pun boleh sampai ke negara orang putih ya. Kita last minute plan pun paling kurang sampai ke kedai mamak je. Itulah lain orang, lain caranya. Yang penting bersyukur.

Dalam keterujaan mereka melihat keindahan alam dan bermain dengan salji, masih tidak dilupakan bahawa anak-anak mereka itu masih kecil. Kadang budak kecil ni, berjalan sikit pun dah penat, nak minta dukung, macam kita dulu lah.

Ada dimuat naik video Alisa yang katanya baru 30 langkah berjalan sudah pun penat dan minta didukungkan. Aduhai Alisya ni, comel betul lah. Yelah, penat juga berjalan dahla merantau negara orang pula tu. Cuaca di sana pula berbeza dengan di sini. Di sana ada salji, manalah si kecil tu tak rasa penat, tak biasa kan.

Di pengakhiran video tersebut kelihatan Alisa yang berjalan terkedek-tekedek, bak kata netizen sebiji macam Boo dalam cerita Monster. Bila dilihat, ada gaya lah mereka ni. Dahla Alisa memakai jaket ungu, jalan pun macam Boo, dah jadi kembar dah mereka berdua ni.

Sememangnya aksi Alisa itu sangat mencuit hati netizen. Geram sangat melihat kecomelan nya. Adui, sabar jelah. Lepas ni daddy kena dukung lah Alisa tu kesana ke mari. Si comel tu tak boleh berjalan lama sangat, nanti jadi macam Boo.

Antara komen netizen ialah “The last slide..tooo cute”, “Ni lah yg betul-betul dikatakan jalan terkedek-kedek”, “Alahai comeynyer dia jln gitu”, dan sebagainya. Alisa ni buat apa pun memang comel ye. Jalan terkedek pun maintain comel.

Memang tak dapat dinafikan, Alisa itu sangat comel orangnya. Dan kita pun turut teruja dan gembira melihat family itu bercuti di New Zealand. Rasa macam nak pergi ke sana juga kan. Nanti ada bajet, boleh lah kita pula ke sana kan.

Sumber : Thealisaaisyah

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!